* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 23, 2011

Jihad

^_^ Tersenyum saya.

Seketika tadi baru sahaja buat clearance di Gmail. Tiba-tiba terjumpa satu artikel yang saya tulis untuk majalah PeWaris pada tahun 2008 yang lalu iairu ketika saya Tingkatan 3.. (Kecil nya lagi masa tuu..)

Majalah tersebut di bawah seliaan kelab saya, Kelab Bahasa. Namun, atas beberapa faktor majalah tersebut tidak dapat diterbitkan. Jadi, artikel saya tadi belum pun dipublishkan.

Oleh itu, saya amat berbesar hati untuk publishkan artikel itu di sini..

Dengan suka citanya, dipersilakan untuk membaca A 15 years old girl's article...


*************************************************

FOKUS

"Hai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga 'Adn. Itulah keuntungan yang besar". [Al-Saff : 11-12]

Sahabat-sahabat, Jihad adalah antara elemen yang menjaminkan diri kita mengecap nikmat hakiki, syurga Ilahi setelah kita beriman kepada Allah S.WT. Malah dengan beriman dan berjihad, dosa-dosa kita akan diampunkan Allah sebagaimana debu-debu yang dihembur. Tidak mahukah kalian?

"Jihad Fi Sabilillah". Kalam yang sentiasa menitip di bibir-bibir para penuntut tarbiyah. Namun, sejauh manakah kita meneliti, memahami, menyedari serta mengaplikasi  konsep JIHAD tersebut dalam kehidupan kita seharian sebagai seorang pelajar? Adakah hanya tersembur air liur menyebut "Jihad, jihad, jihad, dan jihad", akan tetapi jiwa sifar dengan makna serta penghayatannya yang hakiki.

Maka kali ini, saya ingin mengajak hati-hati kalian untuk meneliti, peranan kita sebagai seorang pelajar, saya ulangi, pelajar Islam yang faham apakah tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh deen yang kita sama-sama anuti ini. Insya-Allah saya akan mencuba membawa diri kalian memikirkan kembali, sejenak sahaja, meneliti tentang hakikat kita sebagai pelajar dan di manakah kedudukan serta peranan kita dalam melaksanakan jihad dalam hayah kita di Bumi Wakafan tercinta.

Jihad merupakan tulang belakang dalam memperjuangkan Islam. Kedudukan orang-orang yang berjihad amatlah tinggi di surga, begitu juga di dunia. Mereka mulia di dunia dan di akhirat. Rasulullah adalah orang yang paling tinggi darjatnya dalam jihad. Baginda telah berjihad dalam segala bentuk dan macamnya. Baginda berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benarnya jihad, baik dengan hati, dakwah, keterangan (ilmu), pedang dan senjata. Semua waktu baginda hanya untuk berjihad dengan hati, lisan dan tangan beliau. Oleh karena itulah, baginda amat harum namanya di sisi manusia dan paling mulia di sisi Allah.

Allah memerintahkan baginda untuk berjihad semenjak baginda diutus sebagai Nabi, Allah berfirman,

“Dan andaikata Kami menghendaki, benar-benarlah Kami utus pada tiap-tiap negeri seorang yang memberi peringatan (rasul). Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Qur’an dengan jihad yang besar.” [Al-Furqon : 51-52]

Surah ini termasuk surah Makiyyah yang didalamnya terdapat perintah untuk berjihad melawan orang-orang kafir dengan hujjah dan keterangan serta menyampaikan Al-Qur’an. Demikian juga, jihad melawan orang-orang munafik dengan menyampaikan hujjah karena mereka sudah ada di bawah kekuasaan kaum muslimin, Allah ta’ala berfirman :

Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah neraka Jahannam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya.” [At-Taubah : 73]

Termasuk semulia-mulianya jihad adalah mengatakan kebenaran meskipun ramai yang menentang dengan keras seperti menyampaikan kebenaran kepada orang yang dikhawatirkan gangguannya.

Jihad melawan musuh-musuh Allah termasuk cabang dari jihadnya seorang hamba terhadap dirinya sendiri (hawa nafsu) di dalam ketaatan kepada Allah.

Jadi, di manakah pula kedudukan dan peranan kita yang ber'title' pelajar sekolah menengah yang ingin menerapkan nilai jihad dalam setiap langkahan dan tindak-tanduk kita? Di mana?
Sebenarnya dalam proses kita mengutip mutiara-mutiara ilmu ini juga adalah sebahagian daripada JIHAD.

Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, ”Barang siapa yang memasuki masjid kami ini (masjid Nabawi) dengan tujuan mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka ia laksana orang yang berjihad di jalan Allah Ta’ala. Dan barang siapa yang memasukinya dengan tujuan selain itu, maka ia laksana orang yang sedang melihat sesuatu yang bukan miliknya”
(Hadits Hasan diriwayatkan oleh ibnu Hibban)

Maka, di situ telah jelas bahawa dalam kita berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu Allah juga boleh diklasifikasikan sebagai jihad di jalan Allah. Mari teliti pula ayat ini, dan sama-sama kita hayati kerana inilah merupakan dasar utama saya dalam fokus kali ini.

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu'min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya". [At-Taubah : 122]

Mungkin kita masih belum mempunyai peluang untuk pergi berjuang, mengacukan senjata, melontar batu-batu ke arah musuh-musuh Islam sambil berteriak "Allahuakbar.. Allahuakbar..!!" dan bersatu satu saff dengan para mujahid di Palestin contohnya, belum lagi dapat kita nikmatinya.

Namun kita jangan lupa untuk menjadi golongan yang berusaha untuk memperdalam ilmu dalam segala hal yang bakal menjadi bekal kita sebagai seorang daie, menyebarkan nikmat hidayah yang telah Allah anugerahkan. Marilah kita sama-sama membentuk hati, jiwa, dan akal kita agar menjadi individu yang benar-benar mengerahkan seluruh potensi pada diri kita untuk menyumbang sesuatu untuk Islam.

Seorang daie mampu melahirkan ramai lagi mujahid yang mampu berjuang demi deennya tercinta. Namun, hal ini tidak dijadikan alasan untuk  lari daripada jihad menentang musuh-musuh Islam.

Bukan mahu mengaibkan, tetapi realiti yang dapat kita perhatikan khususnya di Malaysia,  penekanan untuk berjihad menentang musuh-musuh Islam, menumpahkan darah demi mempertahankan maruah agama kurang diterapkan dan ditanam dalam jiwa-jiwa mereka bergelar muslim sekaligus menjadikan kita bacul, kecut untuk menentang musuh-musuh Islam. Benarkah fakta ini?

Contohnya, mungkin ketika program kesedaran Palestin, apabila si penceramah bertanya kepada hadirin sedewan di hadapannya, "Siapa mahu berjuang di Palestin?", saya mengira semua hadirin tersebut akan mengangkat tangan semuanya dan berkata dengan begitu bersungguh-sunguh, "Saya…!" "Ana….!" "Kami…..!"

Namun setelah pesawat yang bakal menerbangkan mereka ke bumi juang Palestin telah berada di hadapan mereka, kita mungkin dapat melihat beberapa kerat sahaja yang tinggal di sana, yang masih teguh berdiri untuk bersama-sama para mujahid di sana. Apakah faktor fenomena ini berlaku?

Tak lain dan tidak bukan, tiadanya iman yang benar-benar mantap dan tiada kefahaman dan kesedaran dalam diri mereka tentang mengapa mereka perlu berjuang di Palestin. Segala-galanya bertunjangkan himmah (semangat) semata-mata. Himmah hakiki untuk berjihad sebenarnya akan lahir apabila seseorang memiliki iman yang sebenar dan faham mengapa perlu berjihad. Benar bukan? Iman merupakan akar tunjang bagi segala hal.

Jadi, gunalah masa muda kita, peluang kita sementara masih menuntut di lubuk tarbiyah untuk mempersiapkan diri untuk membawa diri dan menjadi gelombang kepada perubahan masyarakat. Insya-Allah. Murabbi mithali di sini jangan pinggirkan, bahkan sentiasa mencari peluang serta ruang untuk mendampingi mereka, mendengar titipan mutiara mulia daripada mereka, juga sebagai bekal untuk menuju hari-hari mendatang.

Nak dengar 1 cerita tak? Ada seekor ayam pada zaman sekarang, ayam tersebut telah memeram sebiji telur asing yang dijumpainya. Suatu hari, telur itu menetas, dan keluarlah seekor anak helang yang cantik. Kepaknya masih kosong tetapi cepat ditumbuhi bulu. Hari ke hari, anak helang ini mengikut ibu ayam ke mana sahaja ia pergi; mencari makan, bermain, dan belajar berkokok.

Dari bawah, anak helang ini terlihat seekor helang besar sedang terbang tinggi. Lalu berkata kepada ibu, "Alangkah hebatnya helang itu. Kalaulah saya dapat terbang sepertinya". Ibu ayam mendengar dan terus menyanggah, "Awak itu hanyalah seekor anak ayam. Tak mungkin awak boleh terbang seperti helang di atas". Akibat kepercayaan yang sangat tinggi, anak helang tersebut tak pernah terbang hingga ke akhir hayatnya.

Ha, apa iktibar kita dapat daripada cerita pendek ini? Saya sertakan cerita ini, kerana mungkin antara pembaca kalian akan terfikir, "Penulis ni sedaplah cakap, nak amal bukannya senang. Mana mampu nak rasa belajar ni jihad". Aha, jaga-jaga apabila lidah bertutur demikian.

Tak adakah sekelumit kepercayaan dalam hari kalian bahawa kalian ada potensi? Jangan sampai menjadi seperti anak helang tadi sudah. Terapkan kepercayaan, tidak salah mencuba.

Pesanan saya sebelum mengakhiri kalam, sebuah pepatah Arab ada menyebut,

"ركود الماء يفسده فراغ الشاب يقتله"
"Tetapnya air akan merosakkannya, Lapangnya pemuda akan membunuhnya"

Gunakan akal untuk berfikir, gunakan lidah untuk berzikir. Sentiasalah menyematkan syuur ingin memberi dalam jiwa kalian. Memberi walaupun sedikit. Moga ALLAH sayang kalian.

*************************************************

Sekian daripada Aisyah Ulya versi Tingkatan 3..

Moga ALLAH sayang kita dan kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 23 January 2011 5:28 pm

No comments: