* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 7, 2011

1001 Pengalaman di PeWARIS 2011

 PeWARIS 2011...

My status in Facebook Group PeWARIS 2011 : -

"Alhamdulillah.. PeWARIS telah usai dengan jayanya.. Namun, semangat membina PEWARIS masih menebal insyaALLAH.. ALLAH, thabatkan hatiku, jasadku, serta intelektualku dalam deenMu.. Syukran kepada comittee aka sekretariat PeWARIS 2011 krn byk bg tnjuk ajr dan mbimbing ana y msih setahun jagung ini.. Moga ALLAH redha dengan amalan2 kita, dan moga amalan kita menjadi amalan qowi yang dapat meruntuhkan jahiliyyah dan membina daulah.. InsyaALLAH.."

 Sungguh, memang benar saya amat terhutang budi pada semua yang ada di sana..

Penghargaan..


Buat para veteran yang amat saya hormati..

Khususnya, Pakcik Zahari Ghani, Pakcik Zukri, Pakcik Ghazali Saad, Pakcik Baderol Allam, Pakcik Nasaruddin, dan Makcik Sarah..

Jazakumullah kerana meluangkan masa untuk hadir dan bersama kami, menyumbang tenaga, mempamer qudwah  hasanah untuk kami, dan menyalurkan kefahaman Islam secara langsung ke dalam hati kami.

Sungguh saya amat rasa bertuah kerana sempat bersama kalian, walaupun hanya melihat dari jauh (kecuali Pakcik Ghazali, Pakcik Zukri, dan Pakcik Zahari).

Dan sekali lagi, syukran kerana sanggup meluangkan masa. Saya bukan tidak tahu. Kalian ada komitmen pada kerja-kerja lain. Lagi-lagi yang saya ketahui, Pakcik Zukri, seorang cikgu sekolah menengah. Hari Ahad di Terengganu bersekolah. Dan yang lain juga, amat sibuk.

Saya masih ingat kata-kata Pakcik Nasaruddin ketika saya dan Kak Khairiah ingin tumpangkan beg dan toto dalam kereta pakcik setelah majlis usai.

"InsyaALLAH barang-barang ni selamat sampai. Tapi esoklah boleh ambil di rumah pakcik. Sebab pakcik akan terus ke Kajang. Ada mesyuarat. Pakcik balik malam ni, tapi, dalam Pukul 12 malam la..."

Ketika itu saya terdiam. Dalam fikiran saya ketika itu hanya satu.. "Pakcik ni manusia ke? Tak pernah penat ke?"

Namun, setelah itu saya berfikir panjang di dalam kereta Kak Khairiah dalam perjalanan pulang. Saya hanya diam sehingga ditegur oleh Kak Syarifah Ruqayyah. Ketika itu, hati saya berbicara..

"Aku bukan main dah terbayang tilam empuk kat rumah Wani Hamdan, betul-betul penat. Pakcik pula, semangat nak pergi mesyuarat... Astaghfirullah.. Muhasabah Aisyah Ulya.."

Sit depan kereta pakcik
[penuh dengan toto]
0_0

ALLAH, ganjarkan mereka thawaab yang selayaknya..

Dan, itulah antara peristiwa yang amat berbekas di relung-relung hati saya, dan menjana semangat saya untuk terus tegar di jalan ini.. InsyaALLAH.


Buat aktivis-sktivis senior yang muda-muda..

Abang-abang dan kakak-kakak..
Alhamdulillah, kalian amat  menjadi qudwah buat saya. Himmah kalian untuk membentuk pewaris dalam perjuangan Rasulullah amat saya kagumi. Kalian benar-benar menyahut cabaran Mustafa Masyhur ; "Islah nafsaka wad'uu ghairaka.. (Perbaikilah diri dan serulah yang lain)"

Banyak pengalaman yang dapat saya kutip daripada mereka. Kadang-kadang terbit rasa bersalah kerana saya tak dapat lakukan apa yang mereka inginkan dan saya tak dapat jadi sepertimana yang mereka hajati. Namun, saya tetap dapat sesuatu kali ini.

Memang amat saya akui, kem ini lain daripada kem-kem sebelum-sebelum ini yang pernah saya kendalikan. Mana tidaknya, saya, di kem tersebut, bersama-sama aktivis muda yang hebat-hebat belaka. Subhanallah, sungguh saya tidak dusta, mereka benar-benar hebat. Walaupun masih amat muda, malah ada yang seusia dengan saya (18 tahun), saya dapat lihat mereka benar-benar mencurahkan potensi mereka ke jalan Da'wah dan Tarbiyyah.

Saya dapat lihat satu komuniti yang cukup lengkap dalam pewaris kali ini. Alhamdulillah.. Kalian mesti tingkatkan lagi prestasi kerana Islam perlukan pelbagai kepakaran daripada umatnya untuk terus bangkit.

Kak Izzah yang saya kenal sedari kecil

Dan khusus untuk kakak-kakak.. Saya mohon kemaafan atas segala silap dan salah. Mungkin ada yang tidak saya berkesempatan untuk taaruf lebih mendalam. Namun, saya berdoa kepada ALLAH agar diberi peluang untuk kita dipertemukan lagi. Kalau tidak di dunia, kita dihimpunkan di syurga sana. InsyaALLAH..

Syukran juga atas ni'mat UKHUWWAH yang antunna berikan. Peristiwa di dalam kereta Kak Khairiah ketika perjalanan pulang itu tetap kekal dalam memori.

Malam itu, setelah usai segalanya, saya pulang dengan Kak Khairiah, Kak Hanisah, Kak Syarifah Ruqayyah, Kak Nawwar, dan Kak Shafiyyah. Kami berenam berhimpit dalam kereta Myvi putih milik Kak Khairiah. Pada mulanya, saya memang hanya membisu kerana bermuhasabah. Namun, lama-kelamaan, saya mula loya. Saya cuba senyum, dan ingin mencelah perbualan mereka, juga ingin ketawa melihat telatah Kak Shafiyyah duduk di pangku Kak Nawwar kerana terlalu sempit.

Saya makin pening dan loya. Namun, digagahkan diri untuk tahan kerana sejak kecil mak dan ayah selalu pesan jangan tunjukkan sakit depan orang lain. Takut menyusahkan. Saya benar-benar berpegang dengan pesanan mak dan ayah saya.

Petang itu, saya lupa makan. Saya tak boleh biarkan perut saya kosong, sebab itu saya selalu sediakan stok ; sama ada cadbury, roti, choki-choki, itupun sudah memadai. Tapi, petang itu saya tidak sempat. Saya cuba tahan lagi. Kemudian, kami berhenti di Petronas. Saya juga keluar, ingin membeli sesuatu walaupun saya tahu, ketika itu, saya tidak mungkin dapat telan apa-apa kerana solusinya adalah hanya muntah.

Ketika menapak masuk ke dalam Mesra Mart, tiba-tiba lidah saya terluah..

"Kakak, lapar ni.. Nak kena beli banyak-banyak.. Dalam kereta tadi macam nak muntah je.."

Erk, saya tersasul.. Kemudian saya hanya sengih-sengih pada Kak Nawwar. Saya amat-amat berharap, she doesn't take my word seriously kerana saya tahu semua ini akan menyusahkan mereka. Kemudian saya beli 2 roti dan air soya. Dan saya pinjam duit Kak Nawwar dahulu (Kak Nawwar, saya MESTI bayar balik di Johor nanti..)

Namun, setelah saya makan roti tersebut, saya makin loya. Saya hanya makan secubit. Saya tak tahu mengapa. Tapi, bau nya semacam, tak macam roti-roti di Terengganu. Allah, Engkau betul-betul menguji aku ketika itu.

Saya lihat tapak tangan saya. Pucat. Saya genggamkan tangan. Sejuk. Allah.. Betul-betul lemah ketika itu. Dan saya tak dapat sorokkan lagi daripada kakak-kakak ini...

Kak Nawwar mengurut-urut belakang saya. Saya mula membuang angin, simptom untuk muntah. Tapi saya tak nak. Saya tahan sahaja. Telinga saya mula samar-samar menangakap bunyi. Tak larat sangat untuk berkata-kata. Kakak-kakak yang lain tak berani buka dan makan roti tadi bimbang saya muntah. *Maafkan kite kakak..*

Kami tiba di Bukit Jalil. Kak Nawwar menyarankan saya turun untuk menghirup udara segar. Saya turutkan sahaja. Ikutkan hati, memang tak larat sangat-sangat ( orang Terengganu kata, tak dok reng [tiada tenaga] langung dah). Boleh saja tumbang di situ. Tapi ditahankan juga. Kak Syarifah Ruqayyah bersusah payah menyelongkar bagasinya semata-mata mencari ubat untuk saya. *Maafkan saya kakak kerana menyusahkan..*

Saya duduk di tepi jalan. Memicit-micit kepala. Kak Nawwar turun juga menggosok-gosok belakang saya. Saya benar-benar ingin muntah. Hanya satu kalimah terbayang di mata saya ketika itu..

"Astaghfirullah hal aziim.."

Kalimah itu meniti di bibir saya berulang kali. Saya sedar, mungkin ada dosa yang perlu saya kifarahkan. Kak Syarifah Ruqayyah menyerahkan ubatnya. Saya telan sebiji. Saya bersalam dengan Kak Shafiyyah yang akan pulang ke Penang malam itu juga dengan senyuman tawar. *Maafkan saya akak..*

Saya masuk ke dalam kereta. Dan terus tidur. Langsung tak sedar apa-apa sehingga saya dikejutkan. Ya, saya sudah di Jalan Kebun pada Pukul 9 malam. MasyaALLAH, saya langsung tidak sembang apa-apa dengan kakak-kakak dalam kereta tapi hanya tidur.. *Maafkan saya kakak..*

Saya angkat beg dan bersalam dengan Kak Hanisah dengan senyuman tawar juga. Saya masuk ke dalam rumah Syazwani Hamdan. Tersenyum padanya dan bersalaman. Saya terus ke bilik, cabut vase, dan stoking, lalu terus tidur. Benar-benar penat sehingga lupa untuk cabut sarung tangan. Dan saya tidak sedar apa-apa setelah itu sehingga Pukul 11 pagi esoknya.

Alhamdulillah Wani amat memahami cuma dia tergelak melihat saya nyenyak tidur.

"Aisyah, awak mesti jadi the best committee kat sana sampai tak sedar ke dunia tidur.."

Saya hanya tersenyum mengenangkan peristiwa ini dan banyak lagi peristiwa bersama kakak-kakak lain di sana. Sungguh, kehadiran kalian dalam hidup adalah satu ni'mat yang tak dapat saya peroleh di tempat lain.

Kakak-kakak, bimbinglah saya. Kalian mesti berjanji dengan saya untuk memimpin tangan saya menuju syurga ALLAH. Uhubbukunna fillah..

Khusus juga kepada Team Jawatankuasa Pendaftaran dan Penginapan iaitu ketua saya, Akh Afiq Fisal dan ahli-ahli yang sama-sama bekerja dengan saya, Sayyid Sofwan dan Kak Izzah Za'ba. Syukran atas segala tunjuk ajar, jua kesabaran dan kesungguhan yang kalian pamerkan. Maafkan saya atas segala salah silap, kekalutan, keserabutan, dan macam-macam lagi masalah yang saya timbulkan. Namun, saya tetap bersyukur dan berpuas hati kerana team saya kali ini benar-benar 'mantop' di mata saya dan saya amat suka bekerja dengan team saya kali ini. Alhamdulillah.


Buat adik-adik peserta yang disayangi..

Maafkan Kak Aisyah kerana tidak dapat banyak bersama kalian. Namun satu sahaja pesanan akak untuk kalian..

"Tarbiyyah fii aidiikum fii aidiikum faqod = Tarbiyah di tangan kamu semua, dan di tangan kamu semua sahaja"

Ya, memang benar.. Hanya kalian yang akan meneruskan kerja-kerja Da'wah dan Tarbiyyah ini! Hanya kalian! Kerana itu kalian dinamakan PE-WARIS, kerana kalian akan mewarisi kerja-kerja yang mulia ini, kerja yang dimulakan oleh nabi-nabi, rasul-rasul terdahulu. Malah kita dimuliakan dengan masuuliyyah ini. Dan kita tak dapat harapkan orang lain untuk jalankan kerja ini untuk kita. Kenapa? Kerana ini satu keperluan untuk kita, sebagai bekalan di akhirat nanti.

Kalian pernah tahu bahawa ALLAH langung tidak memerlukan kita untuk menegakkan Islam kerana The Future is ISLAM's. Dan kerana kita memerlukan ISLAM untuk terus terkehadapan. Adakah kalian yakin dengan hadith Rasulullah dan juga motivasi akak untuk terus berjuang dan menjadi yang terbaik dalam semua hal ; iaitu "Islaamu ya'luu walaa yu'laa 'alaih.. = Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.."

Dan juga kerana sekiranya kita tidak menjalankan Da'wah dan Tarbiyyah, ALLAH akan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik.."

Jadi..

Are you the next successor??

Siapa nak teka ni gambar di mana? Sekretariat PeWARIS wajib tahu..


Jalan ini masih panjang..

Ya, jalan ini masih panjang. Kerana itu, saya masih belum padamkan api semangat untuk membina generasi pewaris yang akan mewarisi perjuangan Rasulullah.

ALLAH, terimalah amalan kami ini sebagai amal qowi di sisi-Mu ya ALLAH..

ALLAH, redhailah kerja-kerja kami..

ALLAH, moga dengan rahmat-Mu, kami dapat menapak di Firdausi-Mu dengan selamat..

Ameen.. Ameen.. Ameen..


Dedikasi..

Jalan ini jalan para muliawan..
Jangan rasa lemah!
Sama-sama memperingati..
Jalan Da'wah dan Tarbiyyah..

Ia bukanlah jalan yang senantiasa ditabur bunga,
direnjis mawar,
bukan juga jalan yang membuatkan kita,
tersenyum sentiasa.

Ia merupakan jalan yang punya batuan dan duri,
malah di sepanjang perjalanan,
ada sahaja bertembung dugaan dan masalah,
yang sengaja ALLAH titipkan sebagai ujian.

Ya, ALLAH mahu menguji,
adakah benar-benar kental iman kita,
sehingga mampu melepasi ujian tersebut?

Meskipun begitu, yakinilah!
Hanya ini jalannya yang membuatkan kita tenang,
pabila sampai di penghujung jalan,
yang menghadirkan sekuntum senyuman,
saat melangkah kanan
ke SYURGA FIRDAUSI..

Salam Perjuangan daripada Aisyah Ulya

Created by Aisyah Ulya
24 April 2010 8:42 am
(Mesej ini dihantar kepada sebahagian comittee HIMEGA 2010)

Saya akhiri post saya kali ini dengan satu doa..

Ya ALLAH, kami sedari akan kedhaifan kami, dan Engkau lebih mengetahui tentang diri kami. Maka ya ALLAH, kuatkanlah kami untuk hadapi segala ujian yang mampir dalam usaha kami ingin mendaulatkan agama-Mu..

ALLAH, kami mengetahui, kadang-kadang kami syirik kerana melaksanakan sesuatu bukan kerana redha-Mu. Kami lebih butuhkan nama kami diingat, disanjung.. ALLAH, kami mengetahui setiap amalan yang beserta dengan riya' ibarat debu-debu di atas tunggul, dan dibersihkan dengan hujan - hilang semuanya. Astaghfirullahal'azeem.. Maka ya ALLAH, ampunilah segala dosa-dosa kami dan terimalah amalan-amalan kami ini..

Ya ALLAH, kami hamba-Mu, amat menginginkan Firdausi-Mu yang agung. Namun, masakan kami mampu meraihnya dengan amalan kami yang sedikit ini.. Maka dengan rahmat-Mu, masukkanlah kami ke dalam mana-mana syurga-Mu yang selayak dengan kami.

Ya ALLAH, perkenankanlah..

Ameen..

Moga ALLAH sayang para veteran, sekretariat, fasilitatot, dan adik-adik di PeWARIS 2011
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

P/S - 9.30 pagi nanti akan bertolak ke Johor bersama Amirah Shajaah. Doakan kami. (Pssstt.. Kak Sarah jangan lupa ambil kami ya..)

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 7 February 2011 4:22 am

3 comments:

Ariffah9 said...

huu..baca ini.

terasa saya seakan tiada apa-apa yg dsumbangkn pada ummah...

Allah..

SyZul said...

Allahu yubariki ya ukhti...

Aisyah Ulya said...

To Ariffah9

InsyaALLAH, kita sumbangkan apa yang kita mampu.. Laa yukallifullah nafsan illa wus'aha..

To SyZul

Ameen.. Selalu doakan utk ana dan sahabat sahibah yang lain.