* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 16, 2011

Menyelak tirai memori.. [Siri 1]




Alhamdulillah, ALLAH beri lagi peluang untuk saya meneruskan hidup, meneruskan perjalanan untuk menjadi hamba yang disayangiNya, menuju mardhotillah, ghayah orang-orang yang beriman.


Kuasa Cinta..

Pagi ini, saya tiba-tiba merindui sahabat saya. Insan bertuah itu adalah Syazwani Hamdan atau manjanya dipanggil Wani. Entah mengapa perasaan ini hadir. Cuma apabila melihat kembali gambar-gambar kami bersama selama seminggu di rumahnya, saya tersenyum.

"Aisyah, kita kenal bukan lama sangat kan? Tapi kenapa boleh rapat begini ek?"

"Inilah kuasa cinta..."

Ya, kami berdua hanyalah kenalan alam maya. Saya cuma mengenali abang sulungnya dan saya mengetahui kewujudannya melalui sahabat saya, Fatonah Nasruddin yang pernah mendapat tarbiyyah setahun di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun pada tahun 2008. Sejak mendengar pelbagai cerita tentangnya, hati saya tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam.

Saya add dia di Yahoo Messenger, saya minta nombor telefonnya pada Fatonah. Kami terus-terusan taaruf dan ukhuwwah kami makin mengerat..

Kali pertama saya bertemu dengannya pada tahun 2009 ketika lawatan generasi saya ke SMIK. Cuma pada ketika itu, saya dan dia masih berasa janggal. Entahlah mengapa. Cuma kami hanya tersenyum-senyum sipu memandang antara satu sama lain.

"Fatonah, aku segan lah dengan Aisyah tu. Aku tak tahu nak sembang apa dengan dia.."

Berkali-kali Fatonah khabarkan saya luahan hati Syazwani. Dan setiap kali itu juga, saya terdiam.

"Allah, nak buat macam mana ya?"

"Saya rasa awak kena jadi 'gila-gila' macam awak duduk dengan kami jugak sebab hakikatnya Syazwani tu bukan skema sangat walaupun Timbalan Ketua Pelajar.."

Saya dan Fatonah sama-sama tergelak. Dan akhirnya, ukhuwwah kami makin bertaut ketika dia berkeras ingin menyertai Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan (JDK) Zon Timur. Macam-macam yang diusahakan dan Alhamdulillah Allah izinkan Wani bersama-sama mendapat manfaat di JDK Timur bersama saya dan Fatonah.


Jaulah bermula..

Kemudian, pada 28 Januari 2011 yang lepas saya ke KL. Dengan matlamat yang 1 dan pelbagai objektif yang tersemat di dada, saya melangkah ke KL dan Selangor dengan keazaman untuk mencapai apa yang saya hajati agar tidak tersia-sia wang belanja yang mak saya berikan.

Dengan bermuraqibahkan Amirah, saya meneruskan perjalanan saya. 29 Januari, Pukul 2 pagi - Saya tiba di SMIK [sudah lama tak datang ke SMIK] bertemu dengan Kak Mas. Malam itu, saya menginap di aspuri induk SMIK.

Esoknya, saya tinggalkan Amirah di sana, lantaran permohonannya untuk menjadi fasilitator PeWaris tidak diterima. Awal-awal pagi lagi ayah dan mak serta Cikgu Mat Noor dan zaujahnya, merangkap makcik halaqah saya, Makcik Rohaya hantarkan saya ke Kompleks Haluan Penyayang (KHP) di Bukit Naga kerana mereka ada urusan di Masjid Putra pada hari itu.

Saat itu, saya bersalaman dengan ayah dan mak saya. Erat-erat saya genggam kerana jauh di sudut hati, saya menyedari, saya akan lama tinggalkan mereka. Jaulah saya ini bukan sekejap.

"Angah, jaga diri elok-elok. Guna duit belanja untuk kebaikan."

Saya tersenyum dan melambai-lambai mereka. Saya terpacak di situ, melihat kereta Toyota Alphard putih melepasi pagar KHP. Hati saya diruntun sebak. Saya sedar, sejak besar-besar ini, saya makin manja dengan mak dan ayah. Mengapa? Saya sendiri tidak tahu.

Saya kuatkan semangat. Melangkah ke dalam dewan berhawa dingin [amat sejuk] di KHP. Menunggu kakak-kakak yang lain.

Cerita selanjutnya, baca di sini.


TOT PeWARIS usai..

Sementara menunggu tiba tarikh berlangsungnya PeWARIS, macam-macam yang saya lakukan di rumah Syazwani ; menyiapkan kerja-kerja untuk PeWaris dengan bantuan Wani dan Mirah - walaupun bukan sekretariat PeWARIS, mereka tetap meringankan tulang membantu ^_^

[Bilik abang Wani yang saya tumpang tu, dah jadi macam bilik gerakan PeWaris]. Wani bising-bising pada saya, dia juga nakkan baju PeWaris, alasannya dia turut membantu. [tak matang.. tak matang… ^_^]

http://4.bp.blogspot.com/-rt4KzSSmm9Y/TVspxpPKI5I/AAAAAAAABJM/yVsX4HcYbOU/s320/Image0987.jpg
Dengan kancil comel..

Wani juga ajarkan saya memandu [bolehlah bawa gear 1 (belajar dalam masa 15 minit) - kalau belajar lama lagi mesti dah mahir], kami sama-sama sambut hari lahir Syafiqah [classmate Wani di SMIK - juga fan blog saya] di Mama Tomyam pada 1 February.

http://3.bp.blogspot.com/-xH9YDBwXOqI/TVsqL0kVvnI/AAAAAAAABJQ/UltkLS9_EmA/s320/Image0971.jpg
Jalan-jalan di Shah Alam dengan sahibah-sahibah SMIK

http://1.bp.blogspot.com/-loogJDPaXlA/TVsq6cieWGI/AAAAAAAABJc/mZsoJZuO5XY/s320/Image0983.jpg
Seronok makan sebab Afiqah belanja
^_^

http://2.bp.blogspot.com/-BzbvSK3mhrI/TVsqWLP95lI/AAAAAAAABJU/7SI55O-iOEY/s320/Image0977.jpg
Happy Birthday Piqah..
Berhalaqah dengan zaujah Ustaz Abdullah Thaidi, Cikgu Kalsom, berhujan naik motor dengan Wani ke pasar, tolong belikan sayur dan asam jawa untuk diposkan kepada Kak Afifah Hamdan di Jordan [lecun basah! Kak Fifah kena hargai titik peluh kami untuk dapatkan sayur dan asam tu], dan saya masakkan untuk wani lauk Terengganu, Ikan singgang - mudah, cepat, berkhasiat [sedap pun ya].

Sebelum ke PeWaris, Wani bersalam dengan saya, dan senyum-senyum dambil berkata : "Aisyah, elok-elok kat sana ya. Buat kerja kerana ALLAH. Dan jangan lupa baju saya.."

Walaupun nadanya bergurau, tapi quote "Buat kerja kerana ALLAH" itu, sungguh saya pegang. Di PeWaris, Wani tidak lupa call dan sms saya, minta saya doakan proses lesen keretanya berjalan lancar juga bertanya tentang tiket saya dan Amirah ke Johor dan tak lupa tentang bajunya. Tapi sayang seribu kali sayang, baju untuk urusetia pun tidak cukup. [Kesian kamu Wani :D]

{{ Cerita di PeWARIS, klik sini - UPDATED! }}

Konklusinya, memang seronoklah di rumah Wani. Walaupun tak berapa lama kenal, tapi seperti yang saya katakan pada Wani, inilah kuasa cinta.. Hari-hari terakhir di rumah Wani, saya banyak habiskan masa dengannya, berkongsi, bercerita, meluahkan rasa. Sungguh, berukhuwwah kerana ALLAH sungguh manis dan amat tinggi nilainya.

Sungguh, Wani seorang yang bertanggugjawab, cukup seronok dengannya. Periang, no touching-touching [hihi]. Juga seorang pemurah - dia belanja tiket Amirah ke Johor (RM34) [kalau tahu macam tu, baik saya buat-buat lupa bayar juga ;)]. Sekarang, dia bising-bising - baju kurung pink nya yang saya pinjam sebelum ke PeWaris itu, saya lupa pulangkan [hadiahkan jelah wani :)]. Insya-ALLAH, kalau ada masa saya postkan balik [kalau ada masa laa, kalau tak tunggu waktu HIMEGA nanti hihi].


Jaulah diteruskan..

Isnin 7 Februari lepas, awal-awal pagi lagi Pakcik Hamdan [ayah Wani], hantarkan saya di Stesen Bus Shah Alam [kot].

"Aisyah, kalau tak malu minta sahaja duit dengan ayah saya. Cakap macam ni, nanti Pakcik pergi Jepun esok, tak ada orang nak habiskan Ringgit Malaysia pakcik"

('',) Ada pula Wani ni. Saya angkat muka pun tidak dengan Pakcik Hamdan, tiba-tiba nak minta duit. Macam-macam betul.

Ayat last Wani sebelum hantarkan saya ke stesen bus : "Aisyah dan Amirah, jaga diri. Jangan lupa contact saya. No touching-touching ek.."

Hakikatnya, saya sendiri sebak ketika itu. Mata Wani pula tampak berair [walaupun dia cuba cover]. {Wani, mesti kamu menangis teresak-esak kan bila saya dah naik bus? Hihi}

Ketika di dalam bas, pelbagai perkara bermain di fikiran….

{akan bersambung ke Siri 2 insyaALLAH}


Dedikasi

Khas untuk Syazwani Hamdan..

Friendship is a gift…
Shared between true friends and treasured for life..

Thanks for your loving, caring, sharing ways & giving me the wonderful gift of my life!


My Notes

Hari ini meluangkan masa dengan Amirah, kemas bilik dan rumah insyaALLAH, hajat nak masak spaghetti, doakan sempat. Disebabkan broadband tak berapa nak betul, saya terpaksa tangguhkan tarikh publish post ini.

Dan disebabkan itu juga, banyak kerja tergendala. Sekarang saya PJJ (Perkhidmatan Jarak Jauh) untuk program-program yang akan dibuat di Terengganu. ^_^

Sahabat-sahibah Terengganu, insyaALLAH Isnin pagi saya bertolak ke Terengganu bersama Amirah. Tunggu saya, Aisyah Humairah Najihah versi lama tapi diupdatekan (‘’,) Insya-ALLAH.

Buat Pengarah Program Reunion Gen 4, maafkan saya selaku setiausaha kerana tidak dapat hadir ke mesyuarat pada hari Jumaat ini. Rabbuna yusahhil. Ameen.

Alhamdulillah, pagi yang cukup bahagia dengan solah subuh awal waktu, al-Mathurat [walaupun tanpa tahajud T_T Sudah 4 hari tak tahajud – Astaghfirullah..]

Allah, jadikan aku yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan aku mohon padamu untuk jadikan aku yang esok lebih baik daripada hari ini. Ameen.

Moga ALLAH sayang saya [His redha is included]

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 16 February 2011 8:44 am



No comments: