* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 1, 2011

Tanpanya, saya bukan apa saya yang sekarang...

Alhamdulilah, kini saya berada di rumah Syazwani Hamdan. Seronok berada di rumahnya. Ibu dan ayahnya yang baik hati, adik-adiknya yang macam-macam ragamnya (especially Si Ali). Walaupun pertama kali masuk ke rumahnya, saya basuh tandas di rumahnya, itu kekal akan menjadi ingatan, kenangan terindah di rumahnya. (Wani, upah saya jadi bibik tu jangan lupa)

Jumaat pada pukul 2 pagi yang lepas, saya tiba di Jalan Kebun, dan malam itu menginap di Asrama SMIK dahulu. Esoknya, ayah dan mak terus pergi ke Masjid Putra atas beberapa hal setelah menghantar saya ke Kompleks HALUAN Penyayang (KHP) di Bukit Naga ; KHP adalah tempat jagaan anak-anak yatim.

Tiada seorang pun di sana. Saya seorang. Kecuali ada beberapa orang abang-abang, yang turut ke sana sematlamat dengan saya dan adik-adik yang sudah tiada mak ayah.. Ketika itu, saya muhasabah kembali diri saya. Sebenarnya, saya perlu menjalani Training of Trainers bagi Kem PeWARIS yang bakal berlangsung pada 3, 4, & 5 Februari nanti. Ketika saya berseorangan, saya menilai kembali apakah niat saya untuk datang ke sini? Saya soroti kembali, apakah alasan saya kepada mak ayah saya, untuk travel sejauh ini dari Terengganu untuk mengikuti program ini.


JDK
 Saya diam seketika. Mata dipejam erat. Saya terbayang JDK, turning point untuk saya menjadi seorang dai'eyah yang lebih baik daripada sebelum-sebelumnya kerana banyak dan terlalu banyak input yang saya peroleh, datang juga gambar-gambar sekolah lama saya, SMAKL, dalam kotak minda - tempat saya bertaaruf dengan lebih mendalam apa itu Da'wah dan Tarbiyyah, terbayang juga gambar bangunan buruk, SRIQ, sekolah rendah saya, - di sini saya dididik supaya berakhlak mulia, malah kepimpinan saya mula dilatih di sini.


Bibir saya menutur ALHAMDULILLAH.. Tanpa ketiga-tiga ini; JDK, SMAKL, dan SRIQ, saya bukan apa saya yang sekarang.

SMAKL

Hati mula sebak, saya erat memejam mata, terus menyingkap sitar memori. Saya sewaktu kecil, saya membesar dalam kereta lantaran mak dan ayah saya sentiasa sibuk ke sana ke mari untuk kerja-kerja Da'wah, saya didukung oleh makcik-makcik kerana mak saya tiada di sisi, ibarat saya di'pass' untuk dijaga. Satu kaedah yang ayah dan mak usahakan supaya saya dapat bertaaruf dengan makcik-makcik seperjuangan dengan ayah dan mak.

SRIQ




Saya terus melayar bahtera khayalan.. Saya lihat saya diletak di hadapan mak saya ketika ada ceramah Ijtima' dan ketika mak saya mengendalikan halaqah, gambar saya bersama abang-abang aulad sewaktu kecil-kecil dahulu di kem mereka (terpaksa ikut ayah yang mengendalikan program aulad kerana mak tiada di rumah).





Sungguh, semua itu banyak memberi kesan yang amat mendalam dalam diri saya. Dahulu, saya memang tidak sedar. Namun, apabila makin meningkat dewasa, saya dapat merasakan semua itu memberi banyak impak yang positif dalam diri saya. Saya kenal satu-satu pakcik dan makcik di Terengganu insyaALLAH, saya dapat merasakan urgensi tarbiyyah untuk diri saya, dan betapa penting saya sebarkan apa yang saya faham. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Tiada lagi kalimat lain yang dapat saya tuturkan. Ya, saya amat bersyukur atas ni'mat Hidayah ; Iman dan Islam yang ALLAH kurniakan. Saya amat merasai keni'matan memperoleh ni'mat ini, kerana tanpanya, saya bukan apa saya yang sekarang.

Alhamdulillah ya ALLAH..
Logo PeWARIS

Mata saya dibuka perlahan-lahan. Saya menatap buku tulis saya, buku percuma yang saya dapat di JDK. Saya selak satu persatu, sampai di satu halaman kosong. Tangan saya lantas mencapai pen lalu melakar sesuatu di atas kertas tersebut. Sunggu, saya dapat rasakan satu kuasa yang menggerakkan tangan saya ketika itu. Sesuatu yang kuat, dan ia datang dari dalam..

Ya, hati saya sedang berbicara..

HEART SETTING
Venue : Kompleks HALUAN Penyayang ~- alone here -~ 29 Jan 2011 8:51 am

Motivation today :-
"ILMU penyuluh hidup
AMAL bekalan perjalanan
AKHLAK hiasan jiwa dan peribadi
menuju destinasi AKHIRAT yang pasti..."

Aisyah.. Betulkan niat.. Apa-apa yang aku buat mestilah
kerana ALLAH dan ingin mendapat keredhaanNya..
Aku buat bukan kerana NAMA, GANJARAN DUNIA,
PANGKAT, atau apa-apa yang bersifat duniawi!
Apa yang aku HARAPKAN hanyalah moga-moga
dengan sedikit ilmu dan amalan yang aku laksanakan
ini dapat membawa aku bertemu ALLAH dalam
syurga FirdausiNya...

Iman Hassan Al Banna : "Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah tinggal.."

Ini yang telah menguatkan semangat saya pada hari-hari yang saya jalani di TOT. Iyelah, saya peserta termuda dalam TOT bersama 2 orang sahibah saya. Namun, 2 orang tadi jauh lebih hebat dari saya.. Rasa amat kerdil, dengan barisan abang-abang dan kakak-kakak yang hebat ini.. Namun, apa yang telah saya tulis telah menguatkan saya. Kuatkan saya untuk terus mendalami ilmu, dan belajar daripada abang-abang dan kakak-kakak yang ada.

Alhamdulillah, mereka amat memimpin saya. Saya seronok bersama mereka. Saya berdoa kepada ALLAH moga-moga apa ilmu yang telah mereka curahkan kepada saya, ALLAH akan ganjarkan satu-persatu dan menjadi benteng kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke neraka. Dan semoga ALLAH kuatkan meraka, dan saya juga untuk menempuh setiap dugaan yang mampir ketika ingin menjayakan Kem PeWARIS 2011 ini.


Ahad yang lepas, saya juga menyertai halaqah, khusus untuk lepasan SPM SMIK (Sek Men Ibn Khaldun) di rumah Cikgu Kalsom (zaujah Ustaz Abdullah Thaidi). Alhamdulillah, dapat pengisian dan dapat berkongsi sesuatu dengan sahibah-sahibah saya di sana. Terisi hati ini. Nikmat rasanya dapat berkongsi apa yang terbuku di hati.

Ya, JDK yang telah kami lalui sepatutnya merupakan turning point kepada kami untuk terus tegar dalam Da'wah dan Tarbiyyah! Khususnya saya, yang dapat didikan ini sejak lahir lagi, kemudian ke SRIQ, dan SMAKL, saya amat merasai satu persatu pengorbanan pakcik dan makcik yang saya kenali untuk meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah dan para sahabat.

Mereka membina pewaris, mendidik kami.. Lalu, apa yang patut saya lakukan untuk membalas jasa mereka. Kerana.. Tanpa mereka, saya bukan apa saya yang sekarang. Dan hati saya muktamad menyatakan, tiada lain yang dapat saya buat, melainkan meneruskan juga kerja-kerja mereka iaitu melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar di muka bumi ALLAH ini.

Hati saya puas kerana dapat berkongsi apa yang saya rasa, sebagai motivation untuk saya terbang jauh dari Terengganu untuk melaksanakan beberapa objektif dalam jaulah saya kali ini.

Di sini, saya dapat temui dan berkenalan dengan teman-teman saya dari Sekolah Menengah Ibn Khaldun. Baru sahaja semalam mereka membawa saya berjalan-jalan sekitar Shah Alam. Syukran kepada Fatin, Naurah, Nazurah, Afiqah, dan  Syawani kerana membawa kami jalan-jalan sambil mengerat ukhuwah sekitar Shah Alam.

Hari ini, saya seharian di rumah Syazwani Hamdan. Meneruskan kerja-kerja untuk PeWARIS 6 2011. Dan sedang menunggu senarai nama peserta PeWARIS untuk kerja-kerja pendaftaran dan pembahagian penginapan mereka.

ALLAH, permudahkanlah..

Special to Faidah Aplop..
Kak Dah, selamat melayar bahtera bersama suami tercinta. Angah doakan Kak Dah dapat menjadi isteri solehah dan membina keluarga muslim yang akan banyak memberi manfaat pada yang lain. InsyaALLAH. Maafkan Angah tak dapat hadir dan tolong-tolong sewaktu kenduri 5 Februari nanti. Tak boleh la Angah jadi puteri pengantin, tak pun jadi minah basuh pinggan. Takpe-takpe, manfaat 80 orang lebih sepupu-sepupu kita yang lain. :)

Sedang menunggu senarai peserta PeWARIS. Moga ALLAH permudahkan urusan Pengarah Nu'man Afifi yang nak uploadkan list tu. Moga ALLAH permudahkan juga comittee PeWARIS 6 2011.

Jadual saya :-

Rabu 2 Feb : Ke Universiti Malaya untuk Kem PeWARIS 6 2011 sampai Sabtu 5 Feb
Ahad 6 Feb : Ke rumah Syazwani sampai Isnin 7 Feb (kena plan balik nak buat apa)
Selasa 8 Feb : Ke Johor sampai bila pun tak tahu :) Lama mungkin. Siapa yang volunteer nak bawa saya ziarah di sana, tafadhol ya :)

Please pray for me ya!

Kerana tanpa kalian, saya bukan saya yang sekarang.. :)

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kami
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 1 February 2011 11:17 am

6 comments:

Anonymous said...

subhanallah...
mashaallah..
alhamdulillah....

3 ungkapan itu sahaja yang boleh ana tuturkan pabila membaca hasil nukilan anti..............

ISLAM...IMAN...HIDAYAH..
...itulah nikmat terbesar kurniaan Allah SWT........terima kasih Allah..
semoga Allah menempatkan kita di syurga abadi kelak.......

wslm.....

-sahibbah jdk zon tengah-...:)

Anonymous said...

perh... beszz er nti dpt trbiyh dari kcik2 lg.... ayh mak nti mst org yg kuat... x mcm ana yg slalu brperang dgn ummi dan abi... demi nk mnuju ke jln ug bnar.... mrk slalu mnjdi batu penghalang... ALHAMDULILLAH... kini.. ana dh dpt mnjd seorg mas`ul halaqah.... moga ALLAH mguatkn stiap jiwa mu`min mahupun muslim dlm sntiasa bristiqamah dan mmprtingktkn penghayatan hubungan dgn ALLAH (HDA)

Atiqah said...

Aisyah juga hebat dan pakar dlm post yg aisyah pegang skrg..Alhamdulillah, susunan Allah cntik sgt..

mutasyabiha said...

InsyaAllah.. kita semua adalah dai'e di muka buni Allah.. bukan seng untuk menjadi dai'e, hnya iman kita yg kuat menyuluh kita ke jalan Allah..

Anonymous said...

mashaallah . aisyah ulya , mahu tanya
gratisan musik tu apa ya tajuknya ?
sejuk telinga mendengarnya . :)

Aisyah Ulya said...

Anonymous 1 :Syukran atas addition.. Doakan ana.. Moga ALLAH sayang anti :)


Anonymous 2 : InsyaALLAH ats peringatan.. 6t klu nak ank2 kamu dpt trbiyah dr kecik kena kawin dgn org ad trbiyah la.. :) jus kidding..

InsyaALLAH, kuatkan diri utk mnempuh dugaan2 nanti... Doakan sy juga...


Atiqah : Kak Atiqah, thanks ats segala2nya.. Ana minta maaf ats segala kkurangan.. Ini shj y ana mampu..


Mutasyabiha : InsyaALLAH.. sama-sama kita doakan..


Anonymous 3 : Ana pun tak pasti apa tajuknya.. :)