* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 21, 2011

ALLAH.. Berikan aku yang terbaik..



Kisah Akademik saya yang bermacam dugaan dan keseronokan..


Kisah Tahun 1998 dan 1999

Saya memang peminat [ read : gila ] Matematik sejak kecil lagi. Dan saya boleh dikatakan agak cemerlang dalam subjek ini sejak kecil. [ I get A+ in Add Math for final test last year] Dan tentunya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati lebih saya sukai.

Saya mula menyertai alam persekolahan sejak berumur 5 tahun di PASTI [Pusat Asuhan Tunas Islam] Fatimah Az Zahra. Di sana didikan agama [Bahasa Arab, Aqidah, Feqah, Sirah, Akhlak, Al Quran dan Tajwid] juga didikan waqi' [Sains, Matematik, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris]. Saya lupa bagaimana pencapaian saya ketika PASTI. Cuma, saya ingat saya pernah naik pentas beberapa kali. Untuk apa, saya pun dah lupa. Untuk berlakon pun ada. [Saya nakal rasanya dulu, buas, hyperaktif]. Pernah [kot] kena rotan depan kelas sebab nakal sangat [mungkin tak siapkan kerja sekolah].

Sewaktu berumur 6 tahun inilah saya accident dengan motor. Saya berjalan kaki [lompat-lompat] tepi jalan, baru pulang daripada membeli pisang goreng di kedai. Sepupu-sepupu saya yang lain di hadapan. Saya seorang di belakang sekali, sambil menyanyi-nyanyi lagu Anak Soleh.

Tiba-tiba saya rasa kelam. Dan terus pengsan. Saya tak tahu apa yang berlaku. Cuma, saya tersedar seketika sewaktu jiran [rumahnya di hadapan tempat kejadian] yang mesra saya panggil Che Ngah Badariah mengangkat saya, berlari ke rumah nenek saya.

Kemudian, saya tersedar seketika sewaktu di rumah rawatan. Saya nampak makcik saya. Kemudian, saya pengsan lagi. Setelah itu, saya tersedar di dalam dewan bedah. Saya nampak 3 cahaya lampu di atas kepala saya. Walaupun masih kecil, saya tahu, itu lampu bilik bedah.

Saya tak luka. Yang saya tahu, saya cuma mendapat 3 jahitan di kepala. Betul-betul tengah tengkorak kepala. Apa jadi? Saya pun tak tahu. Makcik saya yang belajar di UKM [kini menetap di Johor] pulang semata-mata bimbangkan saya. Lama juga saya pengsan. Dan banyak memori saya hilang selepas kejadian itu. Apabila saya ceritakan kembali kepada teman-teman, mereka geleng kepala..

"Aisyah, doktor tu masukkan cip kot dalam kepala awak masa bedah tu.."

"Boleh jadi! Sebab lepas tu saya jadi genius sikit.."

Jawapan saya disambut tawa oleh teman-teman..


Kisah Tahun 2000 hingga 2005



Kemudian apabila umur mencecah 7 tahun, ayah dan mak mendaftarkan saya di sebuah sekolah buruk di tengah-tengah bandar iaitu Sekolah Rendah Ibn Qayyim (SRIQ). Sekolah inilah yang membentuk corak kepimpinan saya dan membina sahsiah saya. Selama 6 tahun di sini, saya lupa saya ada naik ke pentas atau tidak. Cuma, saya kerap dapat tempat kelima setiap kali peperiksaan. Tempat pertama hinggalah keempat memang disandang oleh rakan sekelas saya yang lelaki, dan sehingga sekarang saya masih lagi ingat nama-nama mereka.

Saya pernah menyandang tempat pertama sebanyak 2 kali [tak akan saya lupa], iaitu ketika Darjah 3 dan Darjah 6 [Trial UPSR | beza 4 markah dengan rakan sekelas lelaki yang mendapat tempat kedua]. Pernah juga mendapat tempat ketiga, keempat, malah ketujuh [Mid Term 2005, Darjah 6 | terlampau main-main, namun bangun kembali sehingga memperoleh tempat pertama dalam Trial UPSR] sepanjang bergelar pelajar sekolah rendah.

1 kejadian yang tak dapat saya lupa. Kejadian ini berlaku ketika bulan Ogos 2005, beberapa hari lagi untuk UPSR bakal bermula. Saya ke rumah sepupu untuk belajar sama-sama. Niat dan cara belajar sudah baik. Namun yang silapnya, kami berlumba basikal sewaktu hendak pulang ke rumah nenek. Saya, adik saya, Ammar, dan 2 orang sepupu saya, Fahmi dan Fatonah berbasikal. Abang sepupu saya, Asyraf pula bermotosikal.

[Saya memang membesar di kampung.. Faham-fahamlah Kampung Girl macam mana..] Sewaktu kami berlumba, saya tak tahu kenapa tapi dengan tiba-tiba basikal yang saya tunggangi terangkat tayar di belakang. Fahmi dan Fatonah sudah di hadapan. Ammar dan Asyraf di belakang saya. Saya terbalik. Abang sepupu saya yang menaiki motor tak sempat untuk membrek, apatah lagi mengelak [mungkin dia pun gabra ketika itu], maka dilepasnya motor kris [yang berat tu].

Saya yang terbaring di tanah ketika itu, mendengar deruman motor di belakang. MasyaALLAH, motor tersebut menaiki belakang saya dan melepasi bahu kiri saya. Alhamdulillah saya sempat elakkan kepala saya ke kanan. Kalau tidak, memang motor itu akan menghenyak kepala saya... [tudung, t-shirt, dan seluar tak koyak teruk, saya masih simpan sampai sekarang..]

Akibat daripada kejadian itu, saya luka-luka [pedih..] di bahu, di siku, dan di lutut. Alhamdulillah memang orang kampung kenal kami [Cucu Cik Hasnah, tok guru mengaji] lalu mereka hulurkan bantuan. Makcik tu menyapu iodin di siku dan lutut saya. Sepupu-sepupu saya memang terdiam. Saya pun sama. Bukan sebab luka atau apa, tapi sebab takut..

"Eh, nok kabo mende ke Che nge Teh Ni kekgi? Nok lalu kut mane?"
[Eh, nak bagitahu apa pada Che dan Teh Ni nanti? Nak lalu jalan mana?]

Saya bertanya kepada sepupu-sepupu saya. Sewaktu menuruni tangga rumah makcik tersebut, saya rasa sengal-sengal di sendi tapak kaki saya. Saya lihat. Dan, masyaALLAH. Kulit saya di situ terkoyak! Dan nampak tulang buku lali. Saya menelan air liur.

"Ce tengok ea.. Habis la aku kena maroh kekgi.."
[Cuba tengok ni. Habis la saya kena marah nanti..]
"Bahaye mu Angoh. Gi baluk lu lah. Aku takut kekgi kena kuman. Bahaye laa. Soyyok kulit.."
[Bahaya la Angah. Pergi balut dulu lah. Takut kuman masuk nanti. Bahaya la. Terkoyak kulit..]

Abang sepupu saya meluahkan rasa bimbang. Saya dan sepupu-sepupu yang lain senyum-senyum [sengeh] sahaja. Saya? Tak sakit? Tak pun. Cuma luka di siku dan lutut sahaja terasa. Akibatnya, saya mendapat 5 jahitan di kaki tadi. 3 jarum bius. Waktu itu, memang sakit bukan kepalang la. Mana tidaknya, doktor membius [menyucuk jarum] di tengah-tengah kulit yang terkoyak tu. Meraung saya, satu kampung dengar. Berkedut baju ayah saya pegangkan.

Akhirnya, apabila ke sekolah, rakan-rakan sekelas semua pelik.

"Aisyah, kenapa kaki awak besar sebelah?"

Saya terpaksa membalut tebal kaki saya. Kalau tidak memang saya tak dapat berjalan. Waktu itu, tak jadi buas sangat lah. Diam je dalam kelas, x bergerak ke mana-mana. Tapi mulut tak pernah nak tutup. Bising juga. Dan saya dapat menduduki UPSR dengan baik. Di Sekolah Rendah Ibn Khaldun, Shah Alam lagi [SRIQ belum dapat pengiktirafan daripada kementerian lagi].


Kisah Tahun 2006 hingga 2010



Dengan keputusan UPSR di tangan, saya melangkah tanpa ragu ke sebuah lagi sekolah buruk, [di tengah sawah pula tu, dan jauh di pedalaman, jauh dari bandar Kuala Terengganu]. Walaupun mendapat tentangan beberapa orang dalam keluarga, saya endahkan. Saya memang hajat untuk ke sini sejak Darjah 4 lagi [ketika itu Generasi Pertama baru sahaja Tingkatan 1 dan menumpang belajar di sekolah rendah saya], kerana saya tahu sekolah buruk itu ada apa yang tiada pada sekolah lain. Sekolah itu adalah Sekolah Menengah Agama Kampung Laut (SMAKL) [nama pun macam hulu kan?]


Dan yang paling istimewa, semua rakan sekelas saya Tahun 6 Al Furqah di SRIQ dahulu, semuanya turut mendaftarkan diri di SMAKL kecuali Nu'man. Bersama-sama saya 14 orang pelajar lelaki [We called them Putera] dan 8 orang pelajar perempuan [We called them Puteri]. Ujian pertama yang saya duduki, saya mendapat tempat ketujuh. Ketika itu, ramai rakan sekelas puteri saya sewaktu Darjah 6 memintas, ada yang mendapat tempat ketiga atau keempat tak silap saya.

"Aisyah bukan pandai sangat. Masuk sekolah menengah terus jatuh result..."

Ada suara-suara yang mengatakan demikian. Dengan jiwa yang banyak dididik oleh lelaki, dan jiwa yang banyak membesar dengan lelaki, saya memang pantang dicabar. [Memang sabar je la..] Ketika itu, tak faham lagi belajar kerana ALLAH, bukan kerana manusia. Saya bilang [dahulu] apabila kita belajar bukan untuk mengejar nama, itu sudah dipanggil belajar kerana ALLAH.

Maka, saya menyahut cabaran tadi. [walaupun mereka tak pernah mencabar, saya tetap rasakan itu satu cabaran buat saya..] Dan ujian seterusnya, dalam Mid Term 2006 [Tingkatan 1], saya mendapat tempat kedua. Alhamdulillah dan puas hati. [keanak-anakan la waktu tu]

Tingkatan 2, saya menduduki PMRU [Penilaian Menengah Rendah Ugama]. Alhamdulillah. ALLAH berikan yang terbaik untuk saya. Naik Tingkatan 3 [2008], saya menduduki PMR pula.

Dan waktu itu, saya dah ada blog. Jemput untuk baca di link di bawah

[Ignore the childish writing]

[This post about my mom said she want one of her children become a doctor. Saya sahut. Tapi, sekarang, saya tak nak. Being a doctor perlukan ketahanan fizik, emosi, aqli, dan tentunya rohani yang lebih kental berbanding bidang lain]

[Doa-doa mereka sebelum saya mengambil keputusan PMR]

[Kisah hari keputusan PMR dan gelagat Gen 4]

{PLEASE.. IGNORE MY CHILDISH WRITING..}

Dan seterusnya.. SMU [Sijil Menengah Ugama] [2009]..

[Hari-hari menjelang SMU]

[Beberapa perkara yang saya hajatkan untuk mereka doa]

[Keputusan SMU.. Asalnya kami dapat info result SMU diumukan berasingan dengan PMRU]

Dan akhirnya, SPM..

Saya tak tahulah apa yang saya nak kata tentang usaha saya untuk SPM tahun lepas. Tak ke sekolah selama 2 bulan dah satu hal, usaha pun bukanlah semaksima..

Tahun lepas macam tahun kronik la buat saya. 2 bulan tak ke sekolah tu bukan benda biasa. Sampaikan Ayahanda [mudir SMAKL] panggil saya, dan cakap, "Kalau Aisyah rasa tak mampu, tangguhkan ambil result dan ambil tahun depan.."

Saya yang tengah menahan sebak, terus berguguran air mata..

"Saya mampu ustaz, insyaALLAH saya mampu.. Cuma saya perlukan sokongan.."

[Gambar ketika Tahun 6]

[Ujian ALLAH..]

[..]

Memang menjadi satu tragedi dan nostalgia kisah-kisah pada 2010.


Apa kata saya?

Jadi, saya tak tahu nak kata apa..

"Apa ya aku dapat Rabu ni?"

"ALLAH, berikan yang terbaik untukku.."


Kenangan

AJK Dokumentasi Ruuhul Aqso Ruuhuna 2010



Rindu meja lapik sejadah hijau ni
!_!

Add Maths..

Green!

Homemade Perfume
^_^

Those nametags..


Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian..

P/S - Kenapa ada sahaja incident berlaku ketika saya nak beralih fasa? Accident ketika 6 tahun dan Tahun 6. Then sakit ketika Tingkatan 5..

Hurm.. *Thinking..*

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 21 March 2011 11:45 am

2 comments:

suhaib alrumy said...

setiap hari yg pergi pasti meninggalkan kenangan...
kenangan yg lalu membuatkan kita agar lebih beringat kpd yg Esa...
allah nak latih Aisyah jd lebih kuat ^^

Afifah Zaki said...

saya rindukan SRIQ yg lama, tmpat kita sama2 mmbesar dulu ^^

kullu kher inshaAllah, all the best syah & adik2 smakl :)