* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 28, 2011

Berjayakah kita?


"Aisyah, saya sedang berusaha untuk redha. Saya cuma dapat 4A+, 3A, dan 3A-"

"Subhanallah. You're doing great. Bersyukurlah ya. Moga ALLAH berkati.."


"Farah, (bukan nama sebenar) kenapa diam sahaja?"

"Result saya sangat-sangat teruk. Saya betul-betul frust. Saya nak buat apa Aisyah.."

"SPM bukan penentu. Jom kita teruskan usaha. InsyaALLAH kita akan berjaya. Jangan bimbang."


Bagaimana respon kita?

Rabu yang lepas, keputusan SPM 2010 telah diumumkan seluruh negara. Saat itu, saya sendiri tertanya-tanya bagaimana keputusan saya.

Dan sungguh. Saya tak debarkan keputusan yang akan diumumkan pada hari tersebut. Kenapa? Kerana saya yakin apa yang ALLAH berikan itu adalah yang terbaik untuk saya.

Dan tentang keputusan SPM, saya sendiri yakin bahawa ia merupakan salah satu daripada elemen yang dapat mentarbiah diri saya sendiri. Bagaimana saya mahu hadapi apa yang telah Dia berikan? Redhakah saya? Atau terus-terusan menyumpah diri dan sesalkan apa yang telah lalu?

Saya kira, apa yang saya usahakan untuk SPM kali ini langsung tidak setimpal dengan apa yang saya peroleh Rabu lepas. Jika mahu difikirkan rasionalnya saya memperoleh apa yang saya peroleh, sampai ke hujung dunia pun belum tentu saya dapat ketemu jawapan. Dan saya sematkan dalam hati saya, 2 kalimah, dan juga merupakan jawapan bagi apa yang telah fikirkan setelah menggenggam slip keputusan SPM.

"Allah Maha Berkuasa untuk mentakdirkan apa sahaja"

"Setiap apa yang berlaku, ada hikmah yang ALLAH susunkan"

Dengan 2 kalimah ini, keimanan saya terhadapNya lagikan utuh. Manusia... Jarang sekali bersyukur. Saya sendiri pun begitu. Kalau dahulu, tidak dapat kalahkan pesaing saya merupakan satu keaiban buat saya sendiri dan kadang-kadang dingin dua atau tiga hari dengan pesaing tersebut.

Namun, saya semakin membesar dan tahap kematangan saya meningkat. Saya sungguh redha dengan apa yang saya dapat.

Alhamdulillah
Alhamdulillah..
Alhamdulillah....


Akan tetapi, redha saya itu tidak membatasi tahap saya untuk terus-terusan berjaya.

"Aisyah, the next target is 4 flat for each sem!"

Jadi, respon kita terhadap keputusan itu, kita cabar diri kita dengan melakukan peningkatan pada masa yang akan datang bukan dengan terjelepuk di sudut katil di dalam bilik, meratapi apa yang telah kita usahakan. Bukan begitu tabiat seorang muslim. Bahkan kita perlu redha dan teruskan berusaha tanpa putus asa. InsyaALLAH. Kejayaan akan menjadi hak milik kita.

Kejayaan yang hakiki

Suka untuk saya peringatkan diri saya khususnya, kejayaan kita di dunia ini hanyalah sementara. Apa yang kita dapat, 11A+ atau 10A+ dan sebagainya tidak akan ada gunanya nanti.

Di dunia juga begitu. Jika kita berjaya dalam hidup sekalipun, menjadi jutawan Malaysia contohnya, tak akan ada orang yang hampiri kita dan bertanya, "SPM dulu dapat berapa?". Saya yakin tiada. Kerana apa, nilaian manusia hanyalah siapa kita sekarang. Jarang sekali ingin mengungkin kisah-kisah lampau. Yang dilihat cuma kejayaan kita sekarang.

Akan tetapi, ingat satu perkara, nilaian ALLAH adalah sepanjang kita membesar. Malah setiap saat, dan setiap nafas yang kita hela, ada nilainya di sisi ALLAH.

Dan semuanya itu akan dihitung satu persatu tanpa tertinggal suatu pun.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, dia akan melihat (balasan)nya."

(Surah Al-Zalzalah : 7 & 8)

Dan seterusnya amalan itu akan ditimbang dengan miizan (neraca) ALLAH. Dan itulah saat yang sepatutnya kita debarkan sepanjang masa kerana kejayaan kita yang sebenar hanyalah dapat ditentukan setelah kita mendapat gelaran ahli syurga ALLAH.

Kunci kejayaan kita apa?
Tepuk dada, tanya iman!

Jadi, berjayakah kita dengan 11A+ SPM? Sudah pasti sekali-kalinya tidak. Itu jawapan saya. Bagaimana anda?

Kejayaan dunia?

"Jadi, tak perlu belajarlah? Tak payah kejar kejayaan dunia? Begitu?"

Saya tersenyum. Saya tak katakan begitu. Mana boleh saya katakan 'ya' pada kenyataan di atas. Masakan tidak. Rasulullah pernah bersabda, 

"Menuntut ilmu fardhu bagi setiap muslim"

“Barang siapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, barang siapa yang mahukan akhirat juga perlulah dengan ilmu, dan barang siapa yang mahukan kedua-duanya maka juga memerlukan ilmu.”

Maka tidak timbullah isu, tak perlu belajar [read : menuntut ilmu] kerana mahu luangkan masa untuk memperoleh kejayaan yang hakiki [read : menghuni syurga ALLAH].

Bahkan menuntut imu itu pun suatu ibadah sekiranya betul niat, matlamat, dan cara-caranya. Jadi bagaimana kini? Hendak terperuk di dalam bilik lagi? Come on. Bangunlah! Masa hadapan masih cerah. Berdoalah pada ALLAH agar diberi peluang untuk memperoleh kejayaan yang hakiki dan dalam masa yang sama memperoleh kejayaan di dunia, untuk akhirat jua.

Dedikasi

Tidak adil sekiranya saya tidak mendedikasikan "Terima Kasih" saya buat mereka yang banyak membantu saya.

Mak, Ayah, Along, Abang dan Adik.. Kalianlah penguat semangat Angah sehingga Angah capai apa yang Angah dapat hari ini.

Guru-guru, cikgu-cikgu, ustaz-ustazah yang saya hormati.. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Semoga ALLAH memberkati ilmu itu, dan moga ALLAH kuatkan kalian untuk terus mendidik anak-anak yang ketagihkan ilmu tarbawi.

Sahabat sahibah seperjuangan yang amat saya cintai.. Kalianlah yang banyak membantu saya, kebersamaan kalian sewaktu saya memerlukan amat saya hargai. Ke mana pun kita selepas ini, moga ALLAH pertemukan kita di Firdausi. "Jangan futur, sobaat..!"

Adik-adik di SMAKL khususnya, adik-adik halaqah saya, abang-abang dan kakak-kakak, syukran atas doa, semangat, dan bimbingan yang dihulurkan. Moga ALLAH merahmati.

Dan moga ALLAH sayang kalian.

Khas untuk pelajar SPM 2010

Barakallah atas segala keputusan yang diterima. SPM bukan pnentu hidup. The important thing is bagaimana kita mahu jadikan keputusan ini sbg batu loncatan utk kita terus menjadi lebih baik pd hidup yang akan datang iA.

Dan apa yg kita dpt ini bukanlah sekadar nilaina struggle kita semata-mata, mungkin terselit asbabun najah di sana sini. Allah Maha Berkuasa lakukan apa sahaja. Dan mungkin sebarang keputusan yang xberkenan di hati adlh akibat ma'siat kita kepada ALLAH. Ucaplah alhamdulillah dan istighfarlah supaya keputusan kita suci daripada istidraj [nauzubillah].

SPM bukanlah penamat bahkan ia adalah 1 permulaan bg mereka y mpunyai kesedaran insyaALLAH. Moga kita dapat bertemu di syurga Firdausi kerana hakikatnya saat kaki melangkah kanan ke sana, itulah ketikanya kita menjulang kejayaan yang hakiki.

Dan yang paling utama, apa pun yang kita dapat. Jalan yang kita lalui selama ini jangan lah ditinggalkan. Teruslah thabat di atas thoriq Da'wah dan Tarbiyyah ini. Tarbiyyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya dapat digapai dengan tarbiyah. Dan, segala apa yang kita dapat hari Rabu lepas juga hasil natijah tarbiyyah dan keputusan itu sendiri wasilah tarbiyyah utk kita. InsyaALLAH

Laa Tahzan sahabat sahibah ku..
Pandanglah ke hadapan.. Syurga menanti kita di Sana..

Jadilah hamba ALLAH yang benar-benar hamba.. Redha, dan terus tingkatkan usaha malah jangan berputus asa.

Moga ALLAH sayang kalian..

Memori




Rindu baju biru itu
!_!


Keputusan SPM sekolah saya? Biarlah rahsia. Keputusan saya? Lagi lah wajib dirahsiakan.

Akhir kata, kalian terus salurkan doa untuk saya. Saya butuhkan lagi doa.

Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utama
Monday 28 March 2011 12:20 pm

7 comments:

azwa_amani said...

tahniah dik :)

lover4eva said...

insyaAllah..mga kta saling lengkap mlengkapi antra stu sma laen...mga Allah nilai usaha kta!! :)

Aisyah Ulya said...

To azwa_amani

Alhamdulillah. Ini berkat doa kalian juga ^^


To lover4eva

InsyaALLAH man.. Sama-sama doa k.. Luv y lover4eva ^^

rakan said...

Assalamualaikum.

Selamat melangkah kealam baru untuk semua lepasan SPM 2010-alam siswa yang ombak badainya lagilah besar.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada
kita semua.
untuk rujukan silalah ke blog
http://gengibnuamir.blogspot.com

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Tahniah dengan keputusan SPM, dan tahniah sebab adik seorang yang sgt matang (=

moga Allah permudahkan laluan pejalanan Aisyah, buat keputusan yg terbaik utk pilih bidang yg terbaik (=

~ mQ ~ said...

menarik2,
perkongsian yg bermakna,
yg sentiasa menyokong,

pelaut rabbani,
~ mQ ~

Aisyah Ulya said...

To rakan

Syukran dan moga ALLAH kuatkan kita semua.

To Izzati Hashim

Ameen. Doakan saya jadi lebih baik daripada hari-hari yang lepas.

To ~ MQ ~

Syukran. Doakan saya.