* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 20, 2011

Hari ini dan kekuatan saya..


Hari ini, 20 March 2011..

Tiada apa-apa yang istimewa berlaku pada hari ini. Saya bangun seperti biasa. Solah Subuh, mengaji, dan membaca mathurat. Meremang bulu roma ketika memerhatikan satu persatu ayat Al-Quran. Juga Mathurat. Mungkin kerana sudah lama tidak melaziminya.

Dan mungkin kerana itu juga saya lemah..




Kekuatan itu..

Sungguh, tidak dusta lagi..

Kekuatan itu datangnya daripada ALLAH. Kerana Dia yang Maha Kuat.

Kadang-kadang kita manusia ghalibnya sentiasa melupai pernyataan benar ini.  Lalu sentiasa ketagih akan kekuatan daripada manusia yang LANGSUNG tidak kekal abadi. Saya juga begitu.

Manusia, sentiasa lazim dengan pelbagai kekurangan. Apalah sangat yang boleh kita harapkan dengan seorang manusia. Bahkan sang ayah dan ibu pun belum dapat penuhi kesemua kehendak anaknya. Isteri juga begitu, bukan tidak mahu melayan sang suami. Namun, mungkin ada tuntutan lain. Dan kebiasaannya, memang itulah yang berlaku antara manusia sejagat. Dalam apa bentuk hubungan pun, sama ada sesama keluarga, sesama sahabat, sesama teman sekerja, dan sebagainya.

Maka di sini, konsep saling memahami adalah yang paling penting.

Mengapa?

Kerana jika anak-anak memahami ayah dan ibunya sibuk mencari nafkah untuk menyara mereka sekeluarga, faham mengapa ayah dan ibunya tidak menurut setiap kehendaknya, dan faham mengapa ayah dan ibunya tiada masa bersama-sama keluarga seperti keluarga lain.

Hidup saya - Saling memahamikah?

Saya juga pernah alami begitu. Kecil-kecil dahulu, bahkan sekarang pun masih lagi adik-beradik dan saya sendiri belum lagi cukup memahami mak dan ayah yang sentiasa sibuk.

"Ayah, lesen Angah ni macam mana? Bukan ke kena hantar result test computer baru BITARA [Pusat Latihan Memandu] buat lesen L?"

"Ayah tak tahu.. Angah, semua benda jangan harap ke atas ayah..."

"Angah pun mana tahu..."

Ketika ayah bertutur demikian, syaitan mula menyucuk-nyucuk jarum supaya salahkan ayah. Saya diam tanpa kata. Sebak. Air mata bergenang. Dan mula istighfar.

"Macam ni lah, esok ayah bawa result tu kat BITARA. Kita tengok macam mana."

Saya diam.

Dan tadi baru sahaja ayah mesej.

" Askm. Hari Selasa 9 pagi ada Kelas Teori di BITARA. Bawa duit RM600. Urusan Lesen L buat di sana."

Duit lagi.

Saya kadang-kadang rasa amat bersalah. Ya, bersalah kerana tak dapat lagi jadi anak yang solehah. Banyak lagi yang belum saya lakukan. Dan amat sensitif jika orang menyebut tentang ibu dan bapa.

Sewaktu di JDK yang lepas, ketika malam bersama JAKIM. Saya orang pertama yang teresak-esak kerana penceramah banyak menyebut tentang tanggungjawab anak-anak ke atas ibu bapa.

Dan apabila sahibah-sahibah (read : kawan perempuan) saya mengusik tentang walimah (read : perkahwinan), saya hanya menjawab, "Biarlah saya jadi bidadari mak dan ayah saya dahulu.."

Itu cerita saya dengan mak dan ayah. Jika dengan sahabat-sahibah segenerasi saya ketika di sekolah menengah lagi kan banyak.

Lagi-lagi ketika saya sakit dahulu ketika bulan Mei 2010. Merekalah yang hantarkan makanan ke katil. Apabila saya allergy dengan makanan yang disediakan oleh kantin, mereka lah yang bersusah payah mencari syiling, menelefon sesiapa untuk belikan saya makanan. Kadang-kadang, mereka suapkan saya makan.

Sungguh, mereka amat sayangkan saya.

Adik-adik di sekolah saya pun begitu. Hadiah, ucapan, dan doa, tak lekang mereka titipkan untuk saya. Lagi-lagi adik-adik halaqah saya [saya mentor di sekolah aka naqibah]. Di sekolah saya, beberapa junior akan dipertanggungjawabkan ke atas seorang senior dalam sistem halaqah. Tahun lepas, saya memegang adik-adik Tingkatan 3.

Ketika waktu rasmi halaqah pada hari Isnin, orang lain berpusu-pusu mencari tempat untuk berhalaqah sekitar sekolah. Ada yang ke Taman Sains SMAKL, ada yang sekadar duduk di dalam kelas dan ada yang di surau, di kantin, dan ada yang duduk di tengah dataran pun. Namun, kebiasaannya saya akan sediakan tikar dan kami sama-sama duduk di hadapan surau. Tempat yang paling redup dan nyaman saya kira.

Tetapi, apabila saya sakit dan tak ke sekolah selama dua bulan pada tahun lepas, adik-adik halaqah saya sentiasa menumpang halaqah orang lain. Kadang-kadang mereka kendalikan sendiri halaqah.

ALLAH, berkati mereka..

Kakak halaqah mana yang tak sedih bilamana adik-adik halaqah dilayan seperti anak terbuang.

"Kak Aisyah, hari Isnin haritu kan, kitorang buat halaqah di pondok Taman Sains. Pastu hujan. Basah kuyup kami. Banjir Taman Sains. Kasut sekolah kami habis basah dan hanyut. Kelakar sangat masa tu. Kalau Kak Aisyah ada kan best.."

Itulah yang Farhana tuliskan di FB saya tahun lepas. Menitis air mata saya.

Namun, mereka amat memahami diri saya. Saya tak tahu apa yang dapat saya buat untuk qada' kembali ketidakterlibatan saya dalam halaqah yang lalu. Cuma satu saya janji kepada mereka.

"Nanti Kak Aisyah dah ada lesen, Kak Aisyah akan bawa kamu semua keluar outing ok?"

To Aimi, Akmal, Farhana, Najibah, Nazifah, dan Nabila.. Maafkan akak kerana tak dapat jadi kakak yang terbaik untuk antunna..

Jadi Aisyah, kamu memahamikah keadaan manusia-manusia di sekeliling kamu?

Menyelak kembali memori..

Semalam, tiba sahaja di rumah daripada Kedah, terus sahaja kemaskan barang-barang yang tertangguh. Ada barang yang belum kemaskan [barang-barang lepas SPM dan barang-barang JDK].

Saya teliti satu persatu barang-barang ini. Ada file, ada buku-buku, ada diari, ada medal, ada kad ucapan, ada surat, ada ubat, dan ada banyak sangat HADIAH...

"Aku mahu letak di mana hadiah-hadiah ini?"


Laci dah penuh. Bawah katil pun dah penuh. Kemudian, saya jejak kasih kembali buku-buku saya. Buku "Manajemen Diri Muslimah" oleh Dr Akram Ridha Siri 1, buku "Petua Membuat Orang Jatuh Cinta" oleh Dr Fadhilah Khamsah dan Fatimah Syarha, dan buku "Aku Terimah Nikahnya" oleh Ustaz Hasrizal tiada. Mungkin ada lagi buku lain yang mungkin tiada.

Ketiga-tiganya dihadiahkan oleh orang. Jika sesiapa yang mengenali saya, memang akan tahu, saya amat obses dalam bab menghargai.

Dan hakikatnya, bermacam-macam barang yang saya temukan semalam sendiri menguatkan saya kerana semuanya mengingatkan saya betapa ramai yang menyayangi diri saya dan betapa kuatnya saya dahulu dengan izin ALLAH.

Dahulunya saya sakit sehingga boleh menyebabkan lumpuh, hanya terjelepuk di atas katil. 2 bulan tak ke sekolah, kini sudah sihat walaupun bukan sepenuhnya.

Kerana apa? Kerana ALLAH sayangkan saya. Ingin melihat saya terus menjadi hambanya yang solehah.

Kuatkan diri dan berdoalah..

Dan pada saat ini juga, saya keseorangan lagi di rumah...

Adik saya, Ammar dan Nabila sudah balik sekolah. Tiada lagi gelak tawa mereka, gaduh-gaduh, usik-usik. Adik yang sentiasa menemani saya, Azzah Nabila juga sudah pulang ke MATRI.

Manusia, lumrahnya perlukan seseorang untuk berkongsi. Saya kini banyak berkongsi dengan adik-adik. Senior-senior saya sibuk dan saya tak mahu mengganggu. [Practicing 'memahami' concept..]

Dan Aisyah, sentiasalah merasai kebersamaan ALLAH kerana kebersamaan manusia langsung tak kekal abadi.

Manusia akan mati.
Tapi, ALLAH takkan mati dan sentiasa hidup.

Manusia kadangkala juga lemah.
Tapi, ALLAH takkan pernah lemah dan sentiasa kuat.

Manusia kadang-kadang tiada masa untuk kita.
Tapi, ALLAH sentiasa ada masa untuk hamba yang meluangkan masa bersamaNya.

Jangan jemu untuk berdoa


Jadi Aisyah, kuatkan diri dan berdoalah kepada Kekasih Hatimu!

Allah, Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Maka, kuatkanlah aku untuk menghadapi segala ujian yang sengaja Engkau titipkan bagi menjadikan diriku hambaMu yang benar-benar beriman dan meninggikan darjatku di sisiMu.

Allah is always be there, by your side..

Sharing..





Be happy macam Sara [my cousin's daughter]


Moga ALLAH sayang semua orang di sekeliling saya.

Moga ALLAH sayang saya.

P/S - Doakan agar saya sentiasa sihat. Sihat rohani, sihat aqli, sihat jasadi, dan sihat emosi. Juga untuk keputusan SPM yang akan keluar Rabu ini.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 20 March 2011 10:52 am

No comments: