* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 28, 2011

'Alim dan Mujahid kah aku?

Success
Bertatih mencari identiti
Kredit kepada LOvED



Saya menghenyakkan badan atas kerusi empuk di family corner. Menekan punat "7", "0", dan "1". Menunggu cerita Leverage yang akan ditayangkan sebentar nanti. Tekan-tekan skrin telefon saya. Dan saya tersenyum. Entah mengapa.

"Sengih sorang-sorang.."

Saya mencari punca suara. Ya, itu mak saya, yang baharu sahaja pulang dari kerja. Saya terus tersenyum.

"Dah Angah, gi HIMEGA tu, banyak duit habis, buleh [boleh] mende [apa]?"

"Tahunye [entahnya] Angah. Balik-balik senyap je. Cerita sikit ke mak nge [dengan] ayah ni.."

Ayah saya menyampuk. Saya tergelak.

"Kekgi [nanti] Angah wi [bagi] slide hok [yang] present dinung [di sana].."

Jawab saya sambil tergelak lagi.

"Wi slide wat mende [buat apa].."

Mak saya menjawab, lalu saya memotong.

"Macam-macam la buleh. Kekgi mak tengok buku, mende Angah tulis.."

Saya jawab sambil menahan tergelak. Dan saya berlalu ke dapur untuk membuat teh 'o' panas.


Saya dapat apa di HIMEGA?

Hijrah Menara Gading yang saya lalui pada 22 hingga 24 April yang lepas membawa banyak makna pada diri saya insyaALLAH. Bertemakan "Nurturing 'Alim Mujahid", HIMEGA kali ini, cukup membawa impak juga sebagai batu loncatan pada diri saya untuk melangkah gagah dalam menelusuri segala mehnah hidup ini insyaALLAH.

Di sini, penerapan nilai untuk menjadi yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan sangat ditekankan, malahan konsep hidup ini untuk ibadah tak lekang daripada bibir para penceramah juga comittee yang bekerja keras untuk HIMEGA.

Di sini saya sertakan kata-kata yang saya kira membawa makna pada diri saya insyaALLAH :

Ustaz Noor Khairan dalam Slot Jiddiyyah dan Iltizam berkata: 

|*| "Bina aqidah dalam bentuk peribadi kita.."

|*| "Kesedaran masuliyyah [tanggungjawab] adalah melalui proses tau'iyyah [kesedaran] dan proses tarbiah [pendidikan] - proses ini akan kita lalui secara tabi'e, peringkat demi peringkat dan bukan secara paksa.."

|*| "Jiddiyyah [kesungguhan] bermula dengan diri seorang individu, kemudian bertukar keadaan daripada seorang pengkritik kepada kedudukan seorang penyumbang.."

|*| "Iltizam menjadikan Islam sebagai titik tolak berfikir, kemudian daripada ilmu dan pemahaman yang menumbuhkan keyakinan dan iman, akhirnya membentuk sikap dan perangai yang Islami.."

|*| "Tanpa jiddiyyah, individu atau organisasi tidak akan maju, tiada peningkatan dan kualiti"

|*| "Semangat yang istimrar [berterusan]"

|*| "Bekerjalah kerana ALLAH, milikilah semangat yang tinggi dan berpegang teguhlah dengan janji ALLAH..!"


Puan Noraini binti Ismail [betul-betul sama dengan nama mak saya tapi dia bukan mak saya] dalam Slot Mahasiswa Muslim Cemerlang menyebut :

|*| "Mu'min yang berjaya adalah mereka yang berjaya menemui jalan pulang - iaitu ke syurga.."

|*| "Create exitement supaya kita sentiasa bersemangat untuk menjadi yang terbaik.."

|*| "Melahirkan mahasiswa Mu'min cemerlang dengan melalui proses pembentukan individu - dengan sumber yang mutlak, hak, dan benar - iaitu Al Quran dan Al Sunnah.."

|*| "Tips untuk berjaya hanya 3 langkah : Pemahaman - Strategi - dan BERJAYA!"


Dr. Azizan bin Ahmad dalam Slot Cemerlang Akademik dan Dinamik pula berfalsafah :

|*| "Kita semua wajib belajar!"

|*| "Dunia hanyalah alat ke syurga ALLAH.."

|*| "Apa peranan kita? Khalifah yang cemerlang!"

|*| "Carilah hikmah - barang mu'min yang tercicir. Hikmah = kefahaman yang mendalam tentang sesuatu"

|*| "Ibnu Mas'ud berkata, "Berilmu bukanlah yang banyak menghafal hadis tetapi yang berilmu ialah mereka yang takut kepada ALLAH.."

|*| "Potensi manusia bersinar setelah digosok dengan ilmu syara' dan waqi'.."

|*| "Buku lebih ma'ruf daripada internet [jom banyak membaca!]"


Bro Muhaimin Misran juga berkata dalam Closing Ceremony and Launching of JC.Comic

|*| "Renew niat - to make things on ibadah.."


Semua ini adalah catatan dalam buku saya sewaktu HIMEGA. Banyak ilmu yang saya dapat insyaALLAH. Slot mana yang paling best? Semestinya semua. Saya menghargai setiap detik, setiap saat, sepanjang HIMEGA berlangsung. Alhamdulillah.

Ada suatu ketika, saya mengantuk. Ketika Majlis perasmian. Saya tak suka tidur dalam majlis, jadi saya online facebook di telefon bimbit saya. Astaghfirullah. Saya buka profile saya, dan menulis sesuatu - "Allah, berikanlah ak pluang utk focus dalam HIMEGA ini.."

Dan ramai yang memberi kekuatan pada saya di situ. Lantas saya tutup application facebook dan terus fokus. Alhamdulillah, ALLAH menyedarkan saya pada awal waktu.


Rutin di HIMEGA

Rutin yang cukup mencergaskan. Saya rasa amat seronok apabila diberi peluang berjalan kaki daripada mahallah [asrama] ke dewan yang memakan masa 30 minit perjalanan kaki. Jauh? Tak ada lah jauh sangat. Cuma 30 minit berjalan kaki.

Saya ambil peluang itu untuk exercise. Alhamdulillah [turun lagi kot berat]. Berjalan kaki, naik tangga, turun bukit, bergegas untuk solah, berlari-lari anak takut lambat makan, berkejar ke dewan, berebut tandas, dah jalan jauh-jauh baru teringat tertinggal barang di mahallah.

Saya tersenyum.

Semua itu meninggalkan kenangan manis buat saya. Berfasilitatorkan Kak Amirah Khan, seorang yang sangat ceria bersama ahli kumpulan saya yang lain, Syaza, Azira, Nadiah, Sarah, Maya, Mizah, Ja, Ina, Wani, dan Dayah, saya sangat gembira bersama mereka.

Alhamdulillah, ALLAH berikan saya peluang untuk mengenali mereka. Moga ALLAH meredhai ukhuwwah kami dan moga ukhuwwah ini membawa kami ke syurga insyaALLAH.

Klik sini untuk melihat gambar-gambar HIMEGA 11.


Apa yang kita ada, kita berikan

Sewaktu HIMEGA, saya lihat ramai daripada peserta-peserta ini cukup banyak ilmunya, bahkan mantap kefahaman mereka tentang deen ini insyaALLAH. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab setiap daripada mereka, termasuklah saya untuk menyebarkan kefahaman ini kepada yang lain.

Sungguh, kefahaman tentang Islam ini merupakan satu ni'mat kepada kita. Tetapi, jangan lupa bahawa ia juga turut membawa satu bebanan kepada kita, iaitu tanggungjawab menyeru kepada yang lain tentang apa yang telah kita miliki.

"Kita kena keluar daripada comfort zone.."

Itu yang telah diperkatakan oleh Pengarah HIMEGA 11, Bro Ikrimah Husni yang sampai sekarang terngiang-ngiang di telinga saya.

Astaghfirullah..

Ingatkah kita bahawa setiap apa yang kita terima, kita bertanggungjawab untuk memberikannya semula kepada yang lain. Atau dalam nada yang lebih jelas, kita perlu menyebarkannya kepada mereka yang tidak tahu.

Mari kita lihat gambar di bawah :



Saya langsung tidak mahu untuk berada dalam golongan yang rugi. Maka... Saya perlu tunaikan tuntutan yang disebutkan dalam Surah Al-Asr. InsyaALLAH.


Kenangan [gambar sebelum HIMEGA]

Mesyuarat peserta HIMEGA Terengganu



Jualan di Sheikh Abdul Malik




Jualan di SRIQ - mengira keuntungan dan post moterm jualan

Taklimat peserta HIMEGA Terengganu yang tinggal di Kuala Terengganu
Kredit kepada Ahmad Faiz Mohd

Kredit kepada Ahmad Faiz Mohd

Kredit kepada Ahmad Faiz Mohd

HIMEGA... Terbaik!!
Kredit kepada Ahmad Faiz Mohd


Penutup

HIMEGA - salah satu lagi kilang untuk saya siapkan wau saya, yang akan menjulang tinggi di angkasa, demi mencapai redha ALLAH.

Maka, Aisyah, let's be the best in Da'wah and Tarbiyyah, also in study first! Go go chaiyooo!
[Siapla! Memang 4 flat setiap sem nanti. Tengok la nanti! - spirited!]

Allah, permudahkan aku dalam segala hal.

Terima kasih semua..

Selamat Tinggal HIMEGA!
Selamat Datang Medan Amal!


P/S - Terima kasih kepada Kak Afeefah Saalihah dan Fashihah atas hadiah yang diberikan. Hadiah apa pun saya tak tahu. Yang pasti hadiah birthday saya nanti kena bagi lain punya. Dan Kak Tengku Masyitah, saya tunggu hadiah dari anda.

P/S - Demam dah kebah, cuma batuk-batuk. Doakan saya. Esok malam nak bermusafir lagi. Tolong doakan agar ALLAH sihatkan saya.

P/S - Menunggu kepulangan adik-adik saya daripada SMAKL. Entah mengapa saya rindukan mereka.


Moga ALLAH sayang Kak Amirah Khan
Moga ALLAH sayang Kumpulan 12 HIMEGA Sisters
Moga ALLAH sayang Kak Afeefah
Moga ALLAH sayang Fashihah
Moga ALLAH sayang Kak Tengku Masyitah
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 28 April 2011 2:51 pm
Home Sweet Home

8 comments:

suhaib alrumy said...

Post yg menarik..
semoga Aisyah sedia utk menghadapi dunia IPT n medan amal,,
ingat IPT tidak sama dengan SMAKL

Aisyah Ulya said...

To suhaib alrumy

InsyaALLAH. Doakan sama.

Archer93 said...

salam ziarah..

post yg mengingatkan key point dlm himega 11..

jzk atas pkongsian ini..

::HuurMujahedaa:: said...

melihat kesungguhan sahabaat/sahibah trg..
6_9...

-amirahshaja'ah-

Aisyah Ulya said...

To Archer93

Salam Ziarah kembali. Bukankah peringatan itu bermanfaat kepada org mu'min. Cuma memikul tanggungjawab untuk saling memperingati insyaALLAH.


To ::HuurMujahedaa::

Semoga kesungguhan kami ini dinilai oleh ALLAH sebagai amal qawi. Doakan Mirah..

syumul said...

mengingatkan kenanganku waktu Himega 2008 juga di IIUM gombak..

semoga dengan kehadiranmu di ipt bisa mengencangkan lagi tarbiyah, bertambah deras arus dakwah,

doakan kami di sini

-kak syam

Ariffah9 said...

juga minat leverage :)

berniat hndak menyertai himega bila tiba waktunya :) InsyaAllah.

jika ajal belum menjemput.

Aisyah Ulya said...

To syumul

Doakan kami Kak Syam..


To Ariffah9

InsyaALLAH akak doakan dik. Nanti ingatkan akak utk jemput Arifah ke HIMEGA 20_ _ ^.^