* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 12, 2011

Gossip atau apa?



Baca komik ringkas di atas. Cikgu Kakashi dalam filem animasi Naruto pun tahu mengumpat itu salah. Sekarang saya tidak mahu menyentuh isu itu, cuma saya ingin menyentuh isu bergosip.

[gossip dengan mengumpat sama lah kan]


Gosip tu apa?

"Aisyah, awak nak tahu tak? Semalam kan..."
"Semalam apa? Nak cerita apa ni?"
"Bagilah saya habis dulu.. Semalam si A ni buat camni.."
"Ha, sudah. Sudah. Saya tak nak share dosa dengan awak."
"Hihi saya nk test awk je.."

Saya mungkin amat tegas dalam hal ini. Bukan apa, ayat saya tak mahu berkongsi dosa itu, betul-betul saya maksudkannya. Dosa dengan manusia, kita kena selesaikan dengan manusia dahulu. Kan?

Saya kira, gosip ini boleh jadi dua perkara, iaitu fitnah ataupun ghibah. Fitnah apabila kita menceritakan tentang keburukan seseorang dan ia adalah tidak benar. Manakala ghibah pula? Ghibah juga menceritakan sesuatu yang buruk tentang seseorang, dan ia adalah benar.

Hmm, jadi hukumnya?


Hukum Gosip

Perhatikan hadith Rasulullah SAW berikut : 

"Ghibah ialah engkau menceritakan tentang saudaramu sesuatu yang ia benci." Lalu Rasulullah ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya?". Rasulullah menjawab, "Kalau benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah membuat tuduhan (fitnah) terhadapnya.

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad]

Lihat lagi firman ALLAH di bawah :
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Q.S Al Israa[17]:36)

Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (malaikan Raqib dan Atid)” (Q.S Qaaf[50]:18)

Lebih spesifik lagi Allah Berfirman dalam Surat yang lain:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q.S Al Hujuraat[49]: 12)
Rasulullah SAW bersabda:
“Ketika saya di Mi’rajkan saya telah melihat suatu kaum yang berkuku tembaga digunakan untuk mencakar muka dan dada mereka sendiri, maka saya bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka itu? Jawabnya: Mereka yang makan daging orang dan mencela kehormatan orang (yakni Ghibah)” (H.R Abu Dawud dari Anas ra.)
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau (kalau tidak) hendaklah ia diam” (Mutafaq’alaih)

Saya kira sudah jelas, apa hukumnya gosip ini. Kadang-kadang, saya sendiri tidak sedar azab yang akan saya terima apabila bergosip. Itulah, ayat-ayat ALLAH tetap menjadi tazkir [peringatan] yang utama buat kita.

Akibat Gosip


Kredit kepada Inspirasiku

Ya, semestinya boleh merosakkan ukhuwah. Saya kira, kadang-kadang hubungan yang seutuh simpulan jua boleh lerai apabila bibit-bibit ini mula merosakkan hubungan.

Juga boleh merendahkan keyakinan orang yang digosipkan itu. Dan membuatkan orang memandang rendah padanya.

Kerana apa saya menulis tentang ini?

Sungguh, saya akui, saya amat sibuk kebelakangan ini. Tapi, saya rasa bertanggungjawab untuk menulis tentang ini. Ya! Kenapa? Kerana saya sedang difitnah. Dan segala yang saya tulis, semuanya atas pengalaman diri.

Saya tak punya kuasa untuk mencegah dengan tangan kerana kata orang, "mulut manusia mana bisa ditutup". Tapi, saya yakin, sekiranya dia adalah insan yang dididik dengan didikan Islam, mulutnya bisa ditutup kerana ghibah dan fitnah itu haram hukumnya.

Dan buat mereka yang membuat fitnah itu, saya pesan pada kalian. Ingatlah neraka ALLAH itu ada tempat yang paling azab. Banyakkanlah membaca Al Quran dan perhatikan pesanan-pesanan ALLAH buat mereka yang menyebar fitnah.

Sungguh, ukhuwah saya dengan beberapa individu terjejas dengan fitnah ini. Dan seperkara lagi untuk dipesan, jika ada silap dan salah saya, sila datang bertemu saya, tak kira maya ataupun realiti. InsyaALLAH saya boleh terima. Saya insan yang dididik sejak kecil. Apa guna didikan yang saya terima jika hendak melenting dengan perkara ini. Cuma, saya juga manusia, ada salah dan silap. Dan saya perlukan kalian untuk betulkan kesilapan saya.

Kerana apa? Kalian sahabat saya. Sahabat yang akan bersama saya, melangkah kanan ke syurga Firdausi.

Dan untuk diri saya sendiri..

Aisyah, semua ini merupakan ujian ALLAH untukmu. Bagaimana kamu mahu berhadapan dengan situasi ini dan bagaimana kamu mahu 'ignore' perkara ini semata-mata hendak menjaga ukhuwah. Bukan 'ignore' tapi memperbetulkan situasi, tanpa melibatkan emosi yang bakal memburukkan lagi keadaan. Maka, banyak-banyak kanlah bersabar duhai Aisyah. Sesungguhnya ALLAH bersama-sama orang yang sabar.

Kalian, doakanlah saya terus kuat.

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang mereka yang memfitnah saya
Moga ALLAH sayang kalian

P/S - Sangat sibuk menguruskan peserta dan pengangkutan HIMEGA. Saya ke HIMEGA? Wallahualam. ALLAH akan susun yang terbaik untuk saya, Terus doakan saya. 

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 12 April 2011 11:31 am
Home Sweet Home

2 comments:

Anonymous said...

jangan menfitnah dan jangan membuat sesuatu yang mendatangkan fitnah kepada kamu..
kadang kita sendiri xsedar kita buat apa..so..mybe disamping kita bagi peringatan kita recheck diri..review diri..
moga apa yang terbit dari mulut kita dan perbuatan kita itu relate dengan apa yang islam itu mahu..dan remember..telinga kita lebih dekat dengan mulut kita..
just sharing,..

Aisyah Ulya said...

To Anonymous : InsyaALLAH. Doakan saya juga ya. Jika ada apa2 salah yang saya buat, datang lah tegur saya k. Saya perlukan orang yang dapat berikan saya arah supaya saya dapat berubah menjadi lebih baik. ^^ Syukran atas sharing.