* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 19, 2011

Saya teringat JDK..


Saya bangun dari tidur. Tangan ditadah, mengucap syukur kerana dibangunkan kembali daripada maut yang sementara.

"Semalam macam ada mimpi sesuatu.."

Getus hati saat ingin mengambil wudu' untuk solah Subuh.

Kaki melangkah kanan keluar dari bilik air. Dan saya teringat. Ya, saya belum lunaskan janji pada Abang Ali Irfan ; menulis tentang JDK Timur.

JDK Saya

JDK itu merupakan singkatan bagi Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan, yang merupakan kursus untuk para lepasan SPM, di mana kursus itu boleh saya katakan satu pakej yang lengkap untuk diri saya, bakal mahasiswi nanti.

JDK ini dilangsungkan serentak di 3 tempat ; Perak, Selangor, dan Terengganu. Dan peserta yang berdaftar akan dibahagikan mengikut lokaliti masing-masing kecuali sejumlah pelajar daripada beberapa buah sekolah, dan sekolah saya termasuk dalam golongan itu. Kami dicampak jauh-jauh dan diasing-asingkan. Kenapa? Pihak urusetia program lebih mengetahui.


Saya JDK yang mana?

Ada kisahnya di situ. Pada asalnya, setahu saya, nama saya tersenarai dalam peserta JDK Zon Tengah, iaitu di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor. Namun, atas budi bicara ayah [mungkin], saya ditukarkan ke JDK Zon Timur, yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Besut, Terengganu.

Saya sedih mungkin. Ya lah. Saya ni suka berjauhan dengan keluarga. Suka berdikari, kurang suka bergantung pada mak dan ayah. Tapi, saya tahu. Ayah berbuat demikian mesti ada sebabnya. Jadi, akur dan patuh sahajalah.

Dan setelah berJDK di Timur, saya rasakan JDK Timur adalah tempat yang terbaik ALLAH tetapkan untuk saya. Mengapa? Biarlah rahsia.


Tiba di sana

Saya tiba agak lewat. Petang-petang sikit. Saya ini, jenis gementar bertemu ramai orang [yeke?]. Namun, disebabkan ramai di kalangan mereka telah saya kenali, gementar itu luntur, malah saya bersemangat untuk bertemu sahabat-sahabat saya, yang mana telah berpisah seketika setelah usai SPM 5 hari yang lalu.

"Aisyah, bila nak sampai. Pagi tadi kitorang jalan-jalan cari makanan. Jumpa pantai.... Bestnyeee.."

Syazwani, teman saya daripada Selangor [jarang jumpa pantai] sangat 'exited' dengan pantai di Terengganu. Saya masih lagi dalam perjalanan. Tak sabar-sabar pula.

"Mat, ada mana? Harapnya kita sama-sama dapat yang terbaik di JDK ini.."

Saya menghantar mesej kepada sepupu saya yang juga turut menyertai JDK.

Sepanjang perjalanan dari Marang ke Besut [2 jam] saya tak tidur, dan saya terfikir-fikir suatu perkara.

"Bagaimana aku di JDK nanti ya?"

Bagaimana JDK saya?

"JDK..."
" Terbaik!!"

"Syabab.."
"Qawi!!"

"Nisaa'.."
"Mumtaz!!"

Dewan bergema dengan laungan suara syabab dan nisa', peserta JDK.

Sungguh, saya amat merindui suasana itu.

JDK Timur, bertempat di Bukit Keluang, Besut. Amat dekat dengan pantai Besut dan sungai Besut. Selayaknya boleh saya katakan ILIM Besut ini boleh dijadikan resort atau hotel kerana kawasan ini memang kawasan perlancongan.

ILIM Besut juga terletak terpencil di hujung kampung. Dan ada beberapa petak sawah di belakang kawasan belakang ILIM.

"Jadi kampung girl kita di sini.."

Tersenyum lebar saya mendengar peserta-peserta dari Selangor, dan mereka yang tak pernah berada di kampung. Dan, saya amat setuju dengan pernyataan itu.

Lembu? Mereka lah menjadi teman kami di sana. [Teringat insiden lembu kejar kami] Macam-macam ragam mereka.

Kawasan itu juga merupakan kawasan laluan angin dan memandangkan ketika itu adalah musim tengkujuh, angin memang agak kuat, dan selalu hujan.

Dan banyak kerosakan yang berlaku disebabkan angin yang kuat. ILIM itu bangunan yang baharu dan tiada lagi peserta bukan kerajaan menggunakannya. Kami orang pertama. Jadi, urusetia sudah pesankan awal-awal supaya menjaga keelokan bangunan di sana.

Suatu hari, saya menguak pintu bilik, dan saya dapati syiling bilik saya jatuh. Allahu rabbi. Besar lubangnya. Seram juga apabila tidur.

Dan bilik saya adalah bilik ketiga yang jatuh siling. Sampaikan kami trauma nak membuka pintu bilik. Bayangkanlah, setiap kali buka pintu, dan jika kebetulan angin lalu, memang terangkat siling. Dan apa lagi, kami menjerit ramai-ramai dan terus meluru keluar.

ILIM ini, masih lagi baharu, tidak mewah juga tidaklah miskin. Kami cuma sederhana. Sesuailah suasananya dengan kursus. Sangat selesa.

Dalam kawasan ILIM, cuma ada 5 bangunan ; bangunan pentadbiran [kawasan larangan], dewan makan, blok penginapan, dewan, dan surau. ILIM itu ibarat bangunan besar dalam kampung. Saya suka melihat-lihat lembu-lembu yang sangat banyak melintas di jalan raya di depan ILIM, dan lembu yang meragut rumput dalam petak sawah di belakang ILIM.

Di sebelah ILIM pula, ada Bukit Keluang, bukit yang dieksplor oleh kami bersama. Senang ceritanya, kami ini diibaratkan kumpulan yang dihantar ke kawasan pedalaman untuk dilatih menjadi individu yang hebat dan berguna kepada masyarakat. InsyaALLAH.

[terkenang suasana di sana]

Damai.. Tenang.. Aman.. Sentosa..

Burung berkicauan..

Lembu menguak.. [betul ke?]

Burung layang-layang terbang sana sini..
[Kalau buat sarang burung mesti banyak hasil di sini]

Itu yang boleh saya katakan. Dan sungguh, saya amat merindui suasana itu...


Rutin harian kami...

JDK yang berlangsung selama 22 hari itu dimulakan dengan Modul 1 ; Pendaftaran, Orientasi,  dan Majlis Perasmian selama 2 hari. Dalam modul itu, yang lekat dalam memori saya adalah Ujian Personaliti dan Ujian Kecergasan.

Saya dilabel ekstrovert oleh kaunselor dalam Ujian Personaliti. [Definisi ekstrovert]. Saya menitiskan air mata apabila dilabel begitu di hadapan orang ramai. Entah mengapa saya menangis pun saya tak tahu. Petang itu, saya mendapat tempat kedua dalam ujian kecergasan kerana menyahut cabaran Siti. Dan, kaki saya melecet.

Kami merentas desa ramai-ramai sampai lah di Kuala Besut. Seronok. Berlari di samping bukit dan burung-burung itu seakan-akan menemani saya, menyanyi-nyanyi untuk saya.

Kaki saya melecet tidaklah teruk mana. Ada batu masuk dalam kasut. Sahabat-sahabat gelengkan kepala melihat saya.

"Aisyah.. Aisyah.. Mana-mana pergi mesti ada apa-apa kecederaan.."

"Kifarah dosa..."

Saya tersenyum dan berderai ketawa mereka mendengar jawapan saya.

Kemudian, JDK diteruskan dengan Modul 2 ; Anjakan Paradikma. Modul indoor. Dan saya meneruskan penglibatan saya dengan kaki berbalut tebal dan jalan terhincut-hincut.

Rutin kami ketika modul ini mudah sahaja. Wajib bangun sebelum Subuh dan berkumpul di Dataran JDK [setiap tempat ada namanya].

"Dalam bilangan 20.. 20, 19, 18..."

Lantang suara kem komanden kami, Abang Ali Irfan mengeluarkan arahan. Yang pastinya, semua berlari-lari anak, untuk turun ke bawah. Dan kami akan buat role-call [sehari mungkin ada 4 atau 5 role-call] untuk sebarang aktiviti untuk memaksimakan penglibatan peserta. Abang Ali semestinya akan memberi peringatan dan setiap ketua kumpulan akan memberi laporan. Siapa yang sakit, demam, ada cedera akan dilaporkan ketika itu.

Kemudian, pukul 5.30 pagi, semua bergerak ramai-ramai ke surau untuk melakukan qiyamulail. Kemudian, kami solah subuh berjemaah, baca Al-Mathurat dan hafaz ayat hafazan dan hadith. Tiada pengecualian. Semua menjalani rutin yang sama.

Kemudian kami dilepaskan masuk ke bilik untuk persiapan kendiri. Pukul 7 wajib berada di Dataran JDK untuk sesi checking room. Semua wajib berpakaian kemas, kuku dipotong, berkasut, berstokin, berskarf, dan semuanya ada markah. Checking room akan dipantau oleh fasilitator dan para juri adalah dalam kalangan urusetia yang bertugas.

Markah akan diambil dan ada hadiah untuk 4 bilik terbaik setiap minggu. Febreze, perfume, dan segala skill akan dicurahkan pada pagi itu. Dan kemudian, kami akan dipanggil lagi untuk bersama-sama ke dewan makan. Sungguh, setiap pergerakan kami akan dimulakan dengan role-call.

Penat tapi seronok!

Kami makan di kantin, beratur panjang-panjang, dan makan di meja bulat sama-sama. Syabab di sebelah kiri, dan Nisaa' di sebelah kanan. Urusetia dan fasilitator di tengah-tengah.

Rindunya suasana ituu..

Makanan di sana sungguh sedap. Dan saya sendiri pernah menambah empat kali, sehingga ditegur oleh fasilitator.

"Aisyah, pinggan tu tak nak telan sekali?"
"Pakcik rasa tadi Aisyah masuk awal sekali, tapi ni semua dah tak ada, Aisyah masih makan?"

[saya tersenyum..]

Kemudian kami akan bergerak ke blok dewan. Di sana ada 2 dewan besar dan beberapa dewan kecil. Modul Anjakan Paradikma menggunakan Dewan Al Farabi dan Dewan Khaldun [seingat saya]. Pada peringkat permulaan, saya memang ekstrovert, kerana banyak perkara ingin saya kongsikan bersama peserta.

Namun, setelah berlaku satu kejadian, saya kurangkan nilai ekstrovert dalam diri saya. Kejadian itu bukanlah apa-apa cuma mungkin saya jenis sensitif. Dan insyaALLAH apa yang berlaku ada hikmahnya.

Waktu Zohor, kami diberi masa untuk rehat. Dan kami akan turun role-call untuk Solah Zohor.

[saya tersengih lagi]

Ketika ini, saya pernah terlewat sekali. Dan terpaksa berdiri di hadapan. Malu, hanya ALLAH yang tahu. Saya terbangun lewat ketika qailullah. Dan saya terus berlari tak kisah orang. Tapi, ALLAH izin saya tetap dipanggil ke depan. Kami berdua [mungkin] ketika itu, saya dan Adibah tersengih-sengih di hadapan. Syabab tiada seorang pun yang lewat. Saya tertunduk-tunduk malu.

"Kenapa lewat?"

Abang Ali bertanya. Saya pandang ke depan. Nisaa' yang lain tersengih. Saya senyum-senyum. Lama begitu. 

"Allah, malunya. Aku nak jawab apa niii..."

Semua menunggu jawapan. Saya pun menoleh ke kanan, memandang Abang Ali.

"Saya tertidur.."

Mendatar sahaja suara. Ada suara terkekeh-kekeh di belakang. Fashihah dan Fatonah mungkin.

"Ok, boleh masuk barisan.."

Huu, selepas kejadian itu, saya tak lewat dah. Serik. Malah saya yang sentiasa awal. Bimbang dapat malu lagi.

Jadi selepas kami solah Zohor, LDK akan dijalankan. Haa, waktu inilah saya banyak berkongsi, dan banyak bertanya. Saya tak matang lagi waktu tu, semua benda nak kongsi dan semua benda nak tanya.

[malu kot bila teringat]

Setelah usai LDK, kami akan solah Asar dan riadhah. Seronok waktu ini. 1 hari di dalam dewan, petangnya, lepaskan penat di tengah jalan raya. Main bola perang ramai-ramai.

Petang itu, role-call lagi. Bersiap untuk makan malam dan solah Maghrib. Malam itu jugalah kami akan menghafaz dan tasmi' [memperdengarkan] hafazan kami. Surah As-Sajadah dan beberapa hadis. Alhamdulillah sebelum usai JDK, semua usai menghafaz tugasan yang diberi.

Dan semua ini ada markah.

Malam itu kami tidur dengan lena [yeke?] ditemani bunyi-bunyi seakan pontianak [bunyi angin]. Dan disebabkan itulah, ada beberapa Nisaa' berlari ke bilik fasilitator kerana sangat takut. Pagi esoknya didenda kerana lewat turun role-call. Siapa? Biarlah rahsia..


Modul-modul yang seterusnya

Modul Kepimpinan Masyarakat : Profesionalisme Imam, Pengurusan Jenazah, dan Da'wah Non Muslim.

Kenangan saya banyak ketika Pengurusan Jenazah. Penceramah dengan loghat Kelate dan Ganu menggamit suasana. Berpura-pura mati, dikapan.

Saya antaranya calon mayat. Seriusnya, ketika ahli-ahli saya menutup muka saya dengan kain kapan, saya sendiri rasa sunyi dan seakan-akan ALLAH tutupkan pendengaran saya dari dunia luar. Saya sayu ketika itu. Rasa keseorangan. Dan di waktu itulah saya ambil kesempatan untuk beristighfar banyak-banyak.

"Ajal kita siapa yang tahu? Aisyah, bersedialah ya.."

Modul seterusnya adalah Modal Insan dan Profesionalisme : Pengurusan Diri, Pengurusan Masa, Kemahiran Psikologi, Pengurusan Acara, dan Komunikasi Berkesan.

Saya paling suka slot psikologi dan komunikasi. Saya dapat banyak skill di situ. Jika diteliti, ketiga-tiga modul ini merupakan indoor dan memang kena mujahadah supaya tidak timbul rasa bosan. Dan Alhamdulillah saya dapat atasi rasa kebosanan itu.

Setelah itu, kami diberi cuti satu hari iaitu pada hari Jumaat. Hari yang semua peserta boleh hubungi orang luar, kerana telefon bimbit diserahkan. Hari untuk jalan-jalan sekitar kampung ILIM dan mengunjung dari bilik ke bilik.

Kami ada syif untuk menggunakan telefon. Syabab pada waktu pagi dan Nisaa' pada waktu petang. Pada hari itu, rasa sangat bahagia dan tenang.

"Aisyah, kita buat apa malam ni? Kat JDK lain semua ada program.."

Fashihah tanyakan saya.

"Saya pun tak tahu. Nanti kita tanya fasilitator k.."

Semua tertanya-tanya. Dan saya sendiri tahu, mesti Abang Ali ada agenda yang tersendiri dan moga itu yang terbaik untuk kami.

Cuti tetap cuti, tapi role-call tetap ada. Hari itu, semua macam happy-happy. Urusetia dan fasilitator pun enjoy-enjoy je. Seronok lah.

Dan malam yang ditunggu-tunggu tiba. Abang Ali mengarahkan kami ke Dewan Syafie.

"Ada sesuatu yang special kita akan buat malam ni.."

Semua yakin apa yang Abang Ali rancangkan itu adalah yang terbaik untuk kami insyaALLAH.

"Apa ya yang special tu?"

Getus hati kecil saya.


Malam yang sangat bermakna

Dewan As-Syafie | Friday | 7 January 2011 | 9.15 pm
Bersama Abang Ali

HATI...
Hati.. Bagaimana keadaanmu..
Bersyukur kerana ALLAH anugerahkan kita hati..

KILANG...
Hati aku sedang diproses oleh ALLAH melalui Al-Quran dan Zikir..
Manusia yang luar biasa = Jiwa teramat kukuh keimanan kepada ALLAH!
Jalan untuk bina hati adalah 1 kesukaran..
2011 - Turning point untuk menjadi hamba yang rabbani!
SYARA' DI DEPAN.. ALLAH IS THE NUMBER 1!!
Proud to be Muslim, for I'm different..

Al-Hijr : 75
Open Your Eyes by Maher Zain

Cari sebab kenapa kita seorang Muslim..

Bersahabat kerana ALLAH! Ukhuwwah fillah!
Apabila kita bermaksiat, dia adalah insan pertama akan teguri kita.


Ini merupakan catatan hati saya ketika malam itu. Rupa-rupanya Abang Ali merencanakan sesuatu yang sangat bermakna untuk kami. Sungguh, malam itu sangat bermakna dengan refleksi pertama sejak kami berJDK selama 14 hari.

Malam itu, kami nyanyikan lagu Jalinan oleh UNIC sama-sama. Kegembiraan terserlah. Usai kami menyanyi sama-sama. Abang Ali mencapai mikrofon.

Amirah di sebelah saya mencuit.

"Syah, Choq yang menangis.."

"Hah? Tipu lah.."

Mata saya melilau mencari Iqbal atau lebih dikenali sebagai Choq. Abang Ali juga mula bersuara..

"Sedang kita happy-happy nasyidkan Jalinan, ada seorang sahabat kita menitiskan air mata.."

Semua tercengang. Saya ingatkan Abang Ali berdrama.

Dan mata saya bertemu si jasad Choq.

Semua terdiam. Saya juga sayu.

Abang Ali memulakan bicara. Tentang HATI...

Malam itu, saya boleh katakan semua peserta menangis. Saya sendiri pun. Terasa diri ini banyak melakukan dosa dan saya sendiri tertanya, bagaimana keadaan hati saya. Hitamkah? Bercahayakah? Atau malap2?

Allah, bersihkanlah hatiku..

Sungguh, malam itu amat bermakna untuk kami..


Khidmat Masyarakat..

Malam itu juga, selepas kami sama-sama menangis, kami diserikan dengan taklimat untuk modul seterusnya, Khidmat Masyarakat dan Asas Kewanitaan.

Dan ini merupakan outdoor yang pertama untuk kami..

Ibarat lembu dilepas dari kandang, macam itulah gaya kami semua. 8 hari yang tinggal dimanfaatkan sama-sama. Ukhuwwah makin erat. Kami ibarat keluarga di sini.

Kami pagi esoknya bergerak ke Kampung Layout Tok Saboh [comel namanya]. Memang kawasan kampung dan kami akan bergotong royong di sana.

Bubur Asyura yang enak, penduduk kampung yang ramah, kempen menderma darah, masak-masak, bersih surau masjid, dan segala-galanya masih segar di memori saya. Semua peserta amat riang ketika itu.

Kami kacau bubur 9 jam dari pagi sampailah petang. Sejujurnya, saya katakan pada peserta JDK Timur, bubur asyura yang kalian makan itu bukan Terengganu punya bubur Asyura. Saya sendiri pun tak boleh nak telan banyak. Tapi apa-apa pun, apa yang kami buat sewaktu modul Khidmat Masyarakat sangat memberi pengalaman yang cukup bermakna.

Petang itu, kami mengikut keluarga angkat masing-masing ke rumah. Keluarga angkat saya, keluarga yang sederhana. Kami ada anak saudara angkat kembar. Comel sangat. Alif dan Aiman mungkin nama. Dah lupa saya. Kami makan kuew teow yang dimasak. 

Dan kami? Memang buat macam keluarga sendiri. Bersantai di beranda rumah. Makan buah pauh [atau mempelam masam], cicah dengan kicap dan cuka, makan satar, dan makanan tradisional Terengganu.

[sedap sedap sedap]

Rumah hadapan saya, keluarga angkat bagi kumpulan Syabab. Saya ada nampak mereka ajarkan adik-adik angkat mereka buat kerja sekolah.

Well done lah semua!

Tak kurang ada yang pinjam kereta dan motor ayah angkat untuk lewo-lewo [jalan-jalan] kampung. Saya juga sertai. Ada yang pergi tangkap ikan di sawah, ada yang buat BBQ, dan macam-macam lagi aktiviti.

3 jam yang diberikan berlalu dan kami perlu pulang ke ILIM. Pengalaman yang sangat best!

Malam itu, kami berkumpul untuk taklimat Modul Asas Kewanitaan.

Dan semua menjahit malam itu. Semangat betul kami menjahit. Di mana-mana sahaja kami pergi, kami bawa kain jahitan itu.

"Nisaa', tak bawa kain jahitan?"

Abang-abang fasilitator menyakat kami. Seriusnya, kami sanggup berjaga malam-malam semata-mata nak siapkan jahitan. Dan sekali lagi, semuanya ada markah. Semua Nisaa' nampaknya bersungguh-sungguh nak lengkapkan diri dengan skill kewanitaan. Alhamdulillah.

Esoknya, kami cuma ada gotong royong di kampung angkat. Kemudian balik ke ILIM. Saya tak sihat. Jadi, saya terlepas Kembara Nisaa'. Saya turun-turun pun apabila Abang Ali panggil untuk berkumpul untuk Solah Asar. Semua Nisaa' dah berpakaian kurung. Syabab baru usai kembara.

Kemudian, baru kami tahu bahawa petang itu ada war game. Allahu rabbi.. Dan semua Nisaa' mengeluh [mengamuk tu tak la cuma ada sebahagian geram]

Kesian Abang Ali waktu tu. Iya lah. Kami semua geram-geram pada Abang Ali sebab kami dah penat. Saya tak penat lah sebab saya tak sertai Kembara. Dan mungkin sebab itu, saya tanpa kata, terus naik ke atas untuk menyalin pakaian.

War game!! Saya mati awal-awal lagi. Kak Da iaitu timbalan kem komanden juga menyuruh saya duduk diam-diam sebab saya tak berapa sihat lagi.

[Saya tak berapa nak ingat apa aktiviti modul-modul ni sebab saya tak berapa sihat]

Jadi kita skip ke modul seterusnya, Modul Kecergasan dan Rekreasi.

Saya kira penghabisan outdoor ini sangat best. Modul ini merupakan modul outdoor yang terakhir. Malam kejadian, kami berkumpul di Dataran Depan Sana. Kami bahagikan barang-barang dan mula bertolak. We've a great night walk. Berjalan lebih kurang 2 km sampailah ke Pantai Besut dan kami berkhemah di sana. 

"Bermalam di samping deruan ombak. Oh, sangat bahagia.."

Kata-kata Fatonah disambut tawa oleh kami.

Pagi esoknya, kami kemaskan tempat dan teruskan perjalanan. Kami berjalan menyelusuri pantai. Dan bertemu banyak gua dan macam-macam yang pelik-pelik.

"Alia, kita kutip benda-benda pelik ni untuk kita buat task kotak yang Abang Ali bagi tu nak?"

"Good idea syah.. Tak tahu nak celah masa bila untuk buat semua ni.."

Ya, kami memang tiada masa lapang mungkin. Kak Shu [atau Kak Da] berikan kami 2 kotak untuk buat rekacipta. Pening kepala kami memikirkannya. Jahitan lagi, kotak lagi. Betul-betul pack. Kami tiada masa nak main-main. Serius.

Jadi kami kutip sama-sama, sampai penuh beg saya dibuatnya.

~Seteru ombak tetap kami gagahi, demi menyelesaikan kembara ini..~

Kami bergambar di pantai, celup-celup kaki..

"Sir, tak boleh mandi ke?"

Sir Abduh tersenyum melihat kami.

"Kalau masuk air, markah potong.."

"Alaaaa...."

Semua mengeluh ramai-ramai. Tapi akhirnya semua basah. Kami basah sampai ke pinggang mungkin. Kononnya terjatuh dalam air.

Kami teruskan perjalanan, menuju ke Bukit Keluang. Syabab naik arah yang bertentangan dengan kami. Jadi kami mungkin akan bertembung di satu tempat.

Kami rehat-rehat, beli air, beli keropok lekor, sebelum mendaki Bukit Keluang yang rendah cuma.

Saya berada di hadapan sekali, bersama Sir Abduh. Banyak yang Sir Abduh kongsikan dengan saya. Macam-macam. Nak kena cerita? Biarlah rahsia..

Kami mula-mula naik, tangga sebanyak 366 anak tangga. Curam bukan main. Dan apabila sampai di tempat landai, kami bertembung dengan peserta Syabab.

Dan kami teruskan perjalanan seperti biasa. Sampai di puncak, kami berhenti di satu bangsal dan masak tengahari sama-sama. Kumpulan saya masak lauk sardin dan tumis kobis. Memang menyelerakan dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Dari bangsal itu, kami dapat lihat Pulau Ikan Paus [nama yang special kami berikan] dan laut yang indah yang tiada penghujung.

Subhanallah. Amat indah ciptaan ALLAH.

Lama berehat, Sir Abduh arahkan supaya kami turun. Kami pun turun ramai-ramai dan laju-laju. Kemudian, kami sampai di tempat syabab naik dan solah Dhuha pagi tadi. Ada 1 bangsal buruk di situ.

"Syah, kenapa ambil gambar tu? Kotorlaa.."

"Nanti senang nak tunjuk kat korang. Korang kan jarang jumpa lembu..."

Semua ketawa.

Gambar apa itu? Biarlah rahsia..


14 Januari 2011 - Tarikh yang membawa kesan pada diri saya..

Modul yang paling akhir adalah modul KTD. Ber'Nasi Lemak Kopi O" dengan senior di KTD amat menggamit suasana.

Pesanan daripada Dr Abdullah Sudin, Ketua Eksekutif KTD, merangkap Presiden HALUAN, masih segar dalam ingatan saya. Beliau berbicara tentang ubudiyyah kita kepada ALLAH dan tentang sistem pendidikan di Malaysia.

"Matlamat hidup dan segala tugas kita yang diterangkan dalam Surah Az-Zariyat ayat 56, Al-Baqarah ayat 30, Surah Al-Mulk ayat 2, takkan sekali-kali dapat dilaksanakan dengan jayanya kecuali dengan sistem pendidikan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..."

Setelah itu, kami ada sesi sharing moment bersama Abang Naeim Abdullah dan sesi soal jawab. Alhamdulillah, 14 Januari tahun ini, diakhiri dengan refleksi akhir yang sangat baik..

[dada diruntun sebak..]

Saya masih ingat, Kem Komanden kami memulakan bicaranya tentang sahabatnya, juga saudaranya, iaitu Akhi Ammar Zulkifli.

Entah mengapa, saya sendiri diruntun hiba, dan saya terus menitiskan air mata..

~Allah, rahmatilah rohnya~

Malam itu, semua yang tak pernah berbicara, berani berkata-kata, dan saya kira, apa yang mereka katakan memang ikhlas dari lubuk naluri mereka, semua menangis teresak-esak.

Urusetia veteran yang berada di belakang jua turut sayu, melihat anak-anak mereka.

Saya? Saya harap agar esok harinya, 15 Januari takkan wujud..

Namun, saya sedar, setiap pertemuan ada perpisahan. Dan setiap perpisahan, ada pertemuan kembali. Kalau bukan di dunia, di akhirat sana.

Malam itu, ramai benar yang memberi pesanan pada kami. Dan saya, semestinya salin satu persatu.

"Da'wah dan tarbiyyah adalah jalan dan kerja seumur hidup kita.."
Kak Syuwaida Nasuha, Timbalan Kem Komanden JDK

Kita mesti sentiasa hidup dalam inkubator Da'wah dan Tarbiyyah.."
Abang Faris Zakaria, Fasilitator JDK

"Jangan jadi hamba JDK.. Jadilah hamba Rabb! Perhatikan Surah Al-Asr.."
Cikgu Ishak, Pengarah JDK Timur

"Kebersamaan.. Ukhuwwah.. Asasnya adalah keimanan. Saidina Umar pernah berkata, "Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh.."
Abang 'Ali 'Irfan, Kem Komanden JDK

Malam itu diakhiri dengan salam semut yang sayu dan riang [macam mana tu ya?]

Alhamdulillah, saya sangat bertuah dipertemukan dengan mereka.


Kami tak puas lagi berJDK

Esoknya, selepas majlis perasmian penutup, golongan yang tak puas lagi berJDK berkumpul di suatu tempat.

"Aisyah, kita nak jalan-jalan ke mana nanti?"

"Hihi, jangan risau. Semua tempat di Terengganu iA kita jelajah k. Kecuali kita tak boleh mandi pantai la.."

Semua keriangan. Setelah berJDK, kami ada JDK plus di Kuala Terengganu. Mereka naik dengan bus ke SMAKL. Saya? Semestinya dengan mak ayah saya, cuma saya dihantar ke SMAKL, sekolah lama saya.

"Kak Aisyah...!!"

Allah, lama benar saya tak bertemu adik-adik saya di SMAKL. Kami mula memunggah barang, dan ke homestay.

Malam itu selepas taklimat, macam-macam kami pasang. Laptop ada, LCD pun. Tidur beramai-ramai di ruang tamu. Kumpul daya untuk esok.

Esoknya, kami ke Muzium Terengganu. Macam-macam yang dieksplor di sana.

[kenangan pahit di sana bersama Amirah dan Adibah - takkan saya lupakan]

Kemudian, berjalan kaki ke Taman Tamadun Islam, separuh berjalan, separuh lagi naik Bas Bandar, dan kami dapat tambang free.

"Mungkin sebab kita ni baik kot.."

Gurauan Fashihah disambut tawa oleh kami. Di TTI, kami ke Taman Replika Masjid, dan saya tak pernah masuk sekali pun.

"Aisyah, apa yang ada kat dalam..?"
"Ha? Never ask me. Saya tak pernah pergi pun. Masjid Kristal tu pun sekali sahaja saya pernah masuk.."

Jawapan saya membuatkan mereka ternganga.

Dan daripada sana, kami berhenti di Masjid Putih. Semua pakat 'draw' duit untuk shopping. Saya hanya tourist guider. Macam-macam yang mereka beli. Dan semestinya, keropok lekor memang tak sah kalau tak beli.

Dan destinasi terakhir kami adalah Lagun Kuala Ibai. Sampai-sampai di sana semua menyendiri. Muhasabah mungkin. Seriusnya, semua senyap. Saya nampak sahabat berhalaqah tepi pantai.

Ya ALLAH, redhailah ukhuwwah kami..

Dan setelah itu, saya pulang. Pulang dengan ayah saya.

"Selamat Tinggal... Jumpa lagi..!"

Kereta bergerak keluar daripada kawasan Masjid Terapung. Ramai yang mesej pada saya. Sayu sangat dalam kereta.

"Angah, dapat apa hari ni?"

Saya tersenyum..

"Macam-macam..."

Ya, sungguh macam-macam..


Penghargaan

Tak enak sekiranya saya tak mengucapkan terima kasih kepada semua insan yang terlibat dengan JDK. Baik urusetia, fasilitator, peserta, malah pekerja-pekerja di ILIM Timur yang sentiasa berikan khidmat yang terbaik untuk kami.

Moga ALLAH membalas jasa antum di akhirat nanti.. InsyaALLAH.

JDK... Terbaik!!


JDK dah berakhir! Apa erti JDK buat saya sendiri?

Saya, daripada dahulu lagi harapkan sesuatu untuk saya jadikan turning point. Dan saya kira JDK adalah satu turning point yang terbaik untuk diri saya.

Di sini, kami betul-betul dijaga. Saya sangat bersyukur kerana menjadi Nisaa' di JDK Timur. Urusetia dan fasilitator sangat menjaga pergaulan kami, khususnya antara lelaki dan perempuan.

Dan saya boleh katakan, saya lupa siapa peserta lelaki sekelas saya yang turut berJDK dengan saya. Mengapa? Saya pun tidak tahu.

"Kita sama-sama jaga mata. Kerana dari mata turunnya ke hati.."

Kami sentiasa dipesan agar menjaga hati dan mata, juga lidah. Saya kira, dalam banyak-banyak program yang telah saya pergi, JDK inilah program yang paling tiada masalah dan sangat tersusun.

Urusetia dan fasilitator yang sangat hebat. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kami.

"Antum sepatutnya bersyukur, demam selsema melanda pun, fasilitator antum tetap tegar di sini.."

Ya, mereka bersama kami daripada 22 Disember 2010 sampailah 15 Januari 2011. Hanya ada 3 orang yang terpaksa pulang, Abang Zahid, Abang Iqbal, dan Abang Ruqaimi. Yang lain semuanya kekal berJDK dengan kami.

Sungguh, saya anggap JDK ini satu program keluarga yang terbaik pernah saya lalui. Dan saya ibaratkannya juga seperti sebuah kilang. Ya, kilang membuat wau.

Saya, menerima didikan sejak Darjah 1 sampailah Tingkatan 5. Segala bahan untuk membuat wau impian telah saya peroleh. Lalu, JDK ini sebagai salah satu kilang untuk saya menyiapkan wau impian saya, untuk terbang tinggi di langit harapan bertemu mardhatillah. InsyaALLAH.

Dan setelah itu, akan saya cari kilang-kilang lain, supaya wau saya ini sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat. Salah satunya adalah HIMEGA.


Kami semua akan berhijrah ke fasa IPT





Dan saya kira, meghadiri HIMEGA adalah salah satu persiapan yang terbaik untuk diri saya sendiri. InsyaALLAH. Saya ke HIMEGA? InsyaALLAH, jika tiada aral yang melintang dan diizinkan ALLAH. Doakan saya.

Buat peserta JDK, tak kira zon utara, tengah, ataupun timur. Saya harap kalian dapat menghasilkan output yang terbaik melalui pelbagai input yang telah kita peroleh daripada JDK. Dan insya-ALLAH kita akan bertemu di HIMEGA nanti. Saya teringin benar hendak taaruf dengan semua peserta JDK ini.

Allah, berikan aku peluang.


Pautan Luar tentang JDK

Sekilas tentang JDK

Berita JDK

Video JDK

Blog Kem Komanden Abang 'Ali 'Irfan

Blog Urusetia Dr Arif

Blog Teammate, Aliah


Penutup

Alhamdulillah, akhirnya selesai jua post ini. Biarpun telah 3 bulan 4 hari JDK usai, namun segala-galanya ini menjadi penguat diri saya.

Dan saya berdoa pada ALLAH agar hindarkan post ini daripada fitnah. Saya hanya ingin berkongsi. Sharing is caring. Isn't it?

Dan Aisyah, segala-galanya baru sahaja permulaan. Jalan ini masih lagi panjang. Teruskan usahamu untuk menjadi muslimah yang bermujahadah di jalan ALLAH. Lengkapkan segala skill agar kamu menjadi muslimah multipurpose untuk deen ALLAH.

Ameen.

Moga ALLAH sayang mereka yang berJDK
Moga ALLAH kalian

Moga ALLAH sayang saya

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 19 April 2011 9:11 am
Home Sweet Home

8 comments:

diariperjalanan said...

JDK tetap di hati.. Paling tak dilupa " Sedang kita happy-happy nasyidkan Jalinan, ada seorang sahabat kita menitiskan air mata.."

halawatul iman said...

salam buat adik yang di kasihi =)..rindu pula rasanya..kak hantar hembusan rindu dr seberang laut ni..

ni kira taip ttng JDK..agaknya kalau bercakap dalam slot sharing moment utk jdk, brp jam ye aisyah?1 jam mesti xcukup kan?-gurau je,jgn ambik hati..

pepun,kak doakan aisyah terus istiqomah di jln ni..terus tingkatkan kesabaran, kerana di hdpn sana, ada byk ujian yg Allah sediakan..untk apa yer?pastinya utk tingkatkan iman kita,insyaAllah..

sayang sayang utk aisyah..
dari akak nun seberang laut...limbang,srwk

Aisyah Ulya said...

To diariperjalanan

Sama-sama kita produkkan output yang terbaik setelah mnerima pelbagai input di JDK insyaALLAH.


To halawatul iman

Syukran Kak Aisyah drp Aisyah. Hihi. Dah jd org Sarawak ya. Doakan kami di sini ya ^_^

Aliah Abdullah Sani said...

aisyah !! rindunye dkt JDK !! terharu bce post awk kali nie..huhu..ULUL ALBAB ?? saya bahagia bertemu kamu semua di JDK timur !! sonok dok ganu

Afifah Zaki said...

syah,

pendeknye karangan awak ni :)

teringin jugak nak g jdk macam ni!!~

Aisyah Ulya said...

To Aliah Abdullah Sani

Hihi Seronok kan duk Terengganu. Moga ukhuwwah kita diredhai ALLAH. InsyaALLAH kita akan bertemu lagi.

To Afifah Zaki

Pendek ke panjang asal janji telah ditunai. Kak Fah jd fc JDK cukupla. Hihi

brohamzh said...

Assalamualaikum wbt,

Syukran buat ukhti atas perkongsian ini. Sebak juga membacanya. Ia mengamit perasaan abang ali terhadap segala kenangan JDK. Biar pun ia telah lama berlalu, tentunya - setiap daripada kita mempunyai sudut kenangan yang tersendiri dalam JDK ini. Bagi A Ali - program JDK mengajar A Ali untuk sentiasa bersedia memberikan yang terbaik. Biarpun pada asalnya, - seumpama terpaksa - tetapi sungguh susunan Allah SWT memberikan yang terbaik. Allah ingin berikan sesuatu pengalaman buat A Ali. Alhamdulillah. Syukran atas coretannya.

BroHamzah

Aisyah Ulya said...

To brohamzh

Allah sudah menyusun yang terbaik untuk kita insyaALLAH