* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 10, 2011

Hendak bersosial dengan manusia? Bagaimana?





“Aisyah, awak tengok kitorang matured tak?”

Fatimah, kenalan yang saya bertemu di HIMEGA tanyakan soalan pada saya setelah kami rehlah [berkelah] beramai-ramai di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu, Sabtu yang lepas.

Tersenyum saya tatkala membaca mesej itu.

“Hihi tak tahu nak kata lah. Saya tak pandai mana nak judge orang and tak kesah pun dia macam mana. Asalkan orang dan tak jahat, saya on je..”

Sekali lagi saya tersenyum ketika menekan butang send di telefon bimbit saya.


Sabarkah kita?

“Kak Aisyah, saya geram betul dengan dia. Dia asyik-asyik buat saya marah. Nak marah, nanti menangis”
“Cikgu ni tak pandai mengajar la. Saya tak faham satu pun apa yang dia ajar. Macam mana ni Kak Aisyah..”
“Dia tu kenapa syah. Tak puas hati apa dengan saya? Asyik cari salah saya je. Tak faham betol!”

Saya sentiasa mendengar rungutan-rungutan ini daripada orang-orang di sekeliling saya. Dan apa yang saya kata pada mereka?

“Sabar..”



Ya, sabar adalah kunci kebahagiaan dan sabar itu sangatlah indah. Mengapa? Kerana ALLAH bersama orang-orang yang sabar.

“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."
[Al Baqarah : 155]

Mungkin mudah untuk saya kata begitu ketika bukan saya yang berada di tempat mereka. Tapi begitulah, sabar itulah permulaan bagi penyelesaian setiap masalah kita kerana bukankah masalah itu ujian? Dan bukankah ujian itu tanda ALLAH menyayangi kita? Dan sabar juga adalah kunci kekuatan ketika melayani pelbagai kerenah manusia.

Sehingga lah saat sekarang, ALLAH menguji saya dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang saya kira sangat tak patut untuk wanita selemah saya hadapi. Namun, apabila saya muhasabah kembali, itu semua mungkin rentetan daripada doa saya sendiri apabila menulis sesuatu iaitu, “Moga ALLAH sayang saya”.



Ingatlah, ujian itu sangat mematangkan kita, dan tanpa ujian-ujian ini, saya bukanlah siapa saya yang sekarang. Maka, jom kita bersabar.




Pandangan pertama

Apabila kalian bertemu dengan manusia-manusia, tak kira kalian kenal ataupun tidak, apakah perkara pertama kalian akan buat?

Kalau soalan ini diajukan pada saya, saya dengan senang hatinya akan menjawab, “Saya akan senyum..”




Big Bang... Just Born! (IN EXPLORE FRONTPAGE  #1 Spot)
Kredit kepada Onironauta




Fly like an eagle and touch the sun... (IN EXPLORE #121)
Kredit kepada Onironauta



Selalu kita dengar, cinta pandang pertama. Kerana apa? Kerana pandangan pertama, atau enaknya dibunyikan first impression sangat memberi kesan pada keseluruhan pertemuan kita dengan seseorang.

Lalu, senyuman yang diberikan, sekurang-kurangnya memberi tanda kepada manusia itu, kita menyenangi kehadirannya.

“Oh, dia tak kesah aku ada di sini..”

Mungkin itu salah satu yang bermain di fikiran manusia-manusia yang menerima senyuman kita. Malah, dengan senyuman kita ini, kita menerima pahala. Kerana apa? Kerana senyum itu sedeqah, dan dengan senyuman itu, kita dapat menjernihkan suasana, yakni membawa kemesraan dalam perhubungan dalam manusia.

Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.
[HR Muslim]

Bagi saya yang agak suka senyum ni, sangat menghargai smiley-smiley yang ada dalam aplikasi alam maya ini, kerana dengan smiley itu, saya dapat zahirkan senyuman saya dengan setiap daripada teman-teman saya.

Kemudian, setelah kita senyum pada manusia itu, kita patut memberi salam dan bertanya khabar atau apa-apa soalan yang patut. Key di sini adalah kita sembang apa yang boleh kita sembang, dengan melihat status dan keadaan manusia itu.

Saya ini, kadang-kadang makcik yang tunggu bus dengan saya pun sempat saya soal macam-macam. Sebab kadang-kadang saya rasa, saya nak kongsi apa yang saya ada.

Pernah suatu hari, saya tunggu bus di perhentian bus berdekatan rumah saya di Marang. Saya kebiasaannya menaiki bus untuk ke mana-mana dalam Terengganu ini. Jadi, pelbagai ragamlah manusia yang saya temui.

Dan pada hari itu, saya duduk bersebelahan dengan seorang ‘mat salleh’ yang datang melancong ke Terengganu, atau lebih tepatnya, ke Marang, antara destinasi pilihan setiap pelancong. Pada mulanya, saya memandangnya, dan saya senyum.

“Best juga kalau boleh sembang dengan mat salleh ni..”

Saya pun memandangnya sekali lagi. Lagaknya seperti ingin berkata-kata, tapi mungkin dia fikir saya tak pandai berbahasa inggeris, jadi dia pun senyum sahaja.

“Hi..”

Dia pun memandang saya, tersenyum, dan kami terus-terusan bersembang. Nama mereka Nathan dan Betty daripada Ireland. Sangat baik, dan seperti biasa, memuji-muji Malaysia dalam pelbagai aspek kecuali suatu perkara.

“It’s quite hot here..”

Saya gelak dan menjawab..

“Really hot maybe..”

Dan mereka ketawa sama-sama. Gadis Melayu di sebelah saya hanya memandang kami bersembang dan saya turut senyum kepada nya. Hasilnya, dalam bas kemudiannya, saya duduk sebelah tempat duduk gadis Melayu itu, dan bersembang dengannya selama dalam bus daripada Marang ke Kuala Terengganu yang memakan masa 30 minit perjalanan.

Sampai-sampai di sana, Nathan dan Betty tercari-cari kenderaan untuk ke Lapangan Terbang. Dan saya tunjukkan jalan untuk ke perhentian teksi. Mereka sangat baik. Dan prinsip saya, asalkan mereka manusia, dan mereka baik, saya memang boleh memberikan mereka apa yang saya ada.

Senyum dan terus-terusan bersembang apa yang patut. Mudah bukan hendak berkomunikasi dengan manusia?


 Batasan yang perlu dijaga

Hal ini, saya berusaha untuk beri pendapat saya sebaik yang boleh kerana saya sendiri pun sedag lagi bertatih-tatih dalam aspek ini.

Cuma, setelah apa yang saya lalui selama saya hidup dan setelah bergelar gadis 18 tahun, apa yang saya dapat adalah, sangat boleh kita hendak berkomunikasi dengan manusia. Akan tetapi, jika dia seorang yang berlainan jantina, kita sangat patut berhati-hati.

Kalau dahulu, saya agak “pakat redah” untuk senyum pada mana-mana lelaki kerana saya mengagak tak salah senyum jika kita tiada sebarang perasaan. Namun, setelah pelbagai perkara berlaku, saya agak takut, bukan agak tetapi memang takut untuk senyum pada lelaki kerana pada saya, lelaki ini, tak dapat dijangka.

(firman ALLAH, tundukkan pandangan)

Sungguh, sangat jelas ALLAH memesan kepada kita, hambaNya. Bukan setakat senyum, pandangan pun perlu ditundukkan.

Kalau pandangan ditundukkan, nak senyum sambil tunduk atau nak tunduk sambil senyum pun tiada masalah saya kira.

Saya tersenyum lagi. Saya bergurau cuma.

Ramai orang silap, mereka kata, menundukkan pandangan itu, betul-betul menundukkan kepala hinggakan selalu dipermainkan golongan yang menundukkan kepala ini.

“Awak, jaga-jaga. Tiang api di depan..”

Saya sangat kesian pada gadis itu, kalau benar-benar ada berlaku insiden sebegini. Sebenarnya, menurut apa yang pernah saya baca, apa yang dimaksudkan menundukkan pandangan adalah, menundukkan pandangan mata supaya tidak terjadi sebarang kejadian yang boleh menimbulkan fitnah. Mungkin pembaca-pembaca boleh berikan pandangan tentang hal ini dalam komen post ini.

Dan setelah kurang dua dekad saya hidup di bumi ALLAH ini, saya turut menyedari bahawa, menundukkan pandangan hati juga termasuk dalam arahan ALLAH ini.

Kerana apa? Dari mata, turunnya ke hati.

Jika kita gagal dalam ujian menundukkan mata, maka langkah seterusnya adalah menundukkan mata hati kita daripada sebarang individu yang tidak halal bagi kita.

Ya, itu benar insyaALLAH. Dan betulkan saya jika tersilap.


Kenapa saya menulis tentang ini?

Dari awal tadi saya menulis tentang bagaimana “first impression” kita tatkala bertemu dengan manusia dan hingga akhirnya saya menyebut sedikit bagaimana pula cara komunikasi kita jika manusia itu seorang ajnabi, iaitu orang asing dan tidak halal bagi kita.

Saya menulis ini, tak lain dan tak bukan kerana kadang-kadang saya melihat satu golongan, yang selalunya, tidak ingin bercampur dan bergaul dengan golongan yang lain. Atau lebih tepat lagi saya katakan, golongan yang bertudung dan baik-baik ini, jarang sekali ingin melihat mereka bergelak ketawa dan bergurau senda dengan orang-orang yang bukan seperti mereka.

Saya pun tidak tahu kenapa. Tapi, sesungguhnya pesanan untuk diri saya sediri dan mereka, tudung yang kita pakai ini bukanlah satu halangan sebenarnya untuk kita berkomunikasi dengan orang lain. Hijab [tudung] ini sebenarnya adalah cuma pelindung, bukan penghalang.

“Aisyah, kenapa mereka tengok pelik kita?”

Memanglah mereka akan tengok pelik jika kita buat pelik dengan mereka. Cuba usahakan sesuatu supaya mereka buang perasaan pelik mereka itu pada kita. Buatlah apa-apa asalkan belum melanggar syariat yang telah ALLAH tetapkan.

Dan key SENYUM dan SEMBANG itu adalah tips terbaik untuk kita dekati mereka. Kenapa? Kerana saya telah mencubanya.

Maka, mulakan dari sekarang.

Senyum dan sembanglah dengan manusia-manusia di sekeliling anda.

Moga ALLAH sayang kita

Moga ALLAH sayang saya

P/S – Telah tiba bulan Mei, bulan kegemaran saya.
P/S – Selamat Hari Lahir ke-18, Anis Faizah
P/S - Jazakumullah kepada Tok, Ayah Long, dan keluarga-keluarga, serta Sarah 'Adli dan Makcik Taaherah atas hadiah yang diberikan

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 8 May 2011 11:29 pm
Rumah Nenek Seberang Takir, Terengganu

7 comments:

wardah said...

sabar ye.. =) semuanya tuk mningkatkan ketaqwaan kita padaNya.. Moga Allah sentiasa dlm pemeliharaan Allah dn dipermudahkan urusan..

Nawwar said...

assalamualaikum aisyah :)

mabruk alaiki , entry bersahaja yg menarik :)

urm soal menundukkan pandangan, pendapat saya, kita pandang orang itu tapi dengan rasa takut kpd Allah dalam hati. maksud saya, tidak merenung dalam2, hinggakan boleh terdetik rasa 'eh, fuuh handsomenya~~' sebab bila syaitan dah cucuk, orang yg dah terdetik rasa begitu dalam hatinya akan rasa nak pandang orang tu berkali-kali lagi. hehh. dari mata turun ke hati~

lagi satu, elok juga semasa kita bersembang, biarpun dgn ajnabi atau rakan2 akhawat, sentiasa doakan dalam hati moga Allah lindung dari fitnah orang sekeliling, dan juga salah faham yg mungkin akan timbul dari kawan kita itu atas perlakuan kita.

lagi satu, pendapat saya, bersembang di fb (wall post) dan twitter adalah lebih baik drpd chatting & private msg , sbb lebih terbuka dan ramai org nampak , maka kurang risiko timbul fitnah.

saya satuju dgn kamu , Hijab [tudung] ini sebenarnya adalah cuma pelindung, bukan penghalang.

moga Allah pelihara kita :) insyaAllah

Aisyah Ulya said...

To Wardah

InsyaALLAH. Moga hati kita sentiasa dibajai taqwa kepada Yang Esa supaya bersedia utk mnghdpi kematian yang entah bila akan tiba.


To Nawwar

Jzkillah ats pnjelasan lanjut. Moga ALLAH permudahkan kita urk mnjdi wanita solehah y dcmburui oleh bidadari di syurga.

nfjunsu said...

alhamdulillah. terima kasih sgt2 atas perkongsian ukhti :)

suhaib alrumy said...

entry yg byk input..terbaek

ecalzz said...

subahanallah. well said ukhti!
jazakillah for sharing.




salam ukhuwwah from leicester,
=)

Aisyah Ulya said...

To suhaib alrumy

Alhamdulillah

To ecalzz

Jazakillah. Salam Taaruf jua. Moga ALLAH memberkatimu.