* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 17, 2011

Bagaimana kita di sini..



"Sampai bila nak jadi begini.."

Saya terdiam lagi. Sarah, teman sebilik saya melepaskan keluhan saat menonton video ini.

Petang tadi, setelah selesai segala urusan untuk hari ini, saya membuka laptop saya. Facebook, Blogger.. Semuanya telah saya lakukan ekplorasi, bersendirian, di dalam bilik ini. Dan akhirnya saya membuka Youtube, media yang sangat mempengaruhi anak-anak muda kini.

Satu persatu video saya tonton. Bermula dengan video "If you love someone so so much and you can't get married to her", kemudian video nasyid Sebiru Hari Ini oleh EdCoustic, video "An Eye Opener to All Non Muslims".

Video tersebut sangat menyentuh hati saya. Seorang pemuda, yang masih sangat muda ingin menyeru teman-teman "non-muslim"nya untuk mengecap nikmat hidayah yang telah dia rasai setelah memeluk agama yang suci ini, Islam. Dan yang menariknya, hanya dengan AL QURAN, dia kembali kepada fitrahnya. Alhamdulillah.

"For me there is no alternatives, only the Islam."
"Only, Just because the Quran.."
"There is only one God, who created everything.."

Itu antara kata-kata pemuda tersebut yang sempat saya kutip. Juga saya membaca komen-komen di video tersebut.Saat saya menyoroti satu persatu komen di situ, hati saya mengucap syukur..

"Ya ALLAH, syukur kerana Engkau kurniakan aku hidayah ini.."

Ada sebahagian penonton video tersebut menyumpah dan memaki pemuda tersebut kerana kata mereka, dia telah murtad dan bermacam lagi cacian yang diberikan.

Allah, berikanlah hidayah kepada mereka. Benar, tanpa hidayah ALLAH, saya juga mungkin seperti mereka bahkan mungkin lebih teruk lagi.

Maka Aisyah, dan pembaca-pembaca blog saya, marilah sama-sama kita mengucap "Alhamdulillah" atas nikmat IMAN dan ISLAM yang telah kita kecapi.


Ia meningkatkan motivasi saya

"Aisyah, hari ni dah start kelas?"

Kak Fatimah Mubarak mesej kepada saya tempoh hari.

"Alhamdulillah dah. Jadual ana tak pack sangat. Jadi boleh fokus untuk dapat the highest score insyaALLAH. Kak Timah doakanlah juga.."

"InsyaALLAH. Betulkan niat belajar kerana ALLAH :-) "

Mata saya lekat pada mesej tersebut. Ya, BELAJAR KERANA ALLAH!

Hari ini dengan rasminya tamat minggu pertama saya belajar di sini. Suasana yang lain. Teman yang lain. Dan segala-galanya berlainan. Dan pada hari pertama saya jejakkan kaki ke sini lagi sudah saya peringatkan diri supaya jangan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan segala kelainan ini kerana saya sendiri mempunyai banyak kerja, tanggungjawab dan komitmen lain yang sangat banyak.

Dan baru sekarang, kata-kata Imam Hassan Al Banna, "Tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada.." benar-benar dapat saya rasai kebenarannya.

Allah, kuatkanlah aku.

Dan pada petang ini, saya ambil peluang untuk "recharge" kekuatan saya sendiri. Maka, ALLAH izinkan saya menonton video di atas.

Video tentang penderitaan muslim di negara lain..

Dan dengan nekadnya, saya mahu betul-betul belajar bersungguh-sungguh kerana ALLAH untuk memartabatkan kembali ummah Islam.

Ketahuilah bahawa..

"Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi melebihinya."

Maka, sesiapa yang berpegang teguh dengan prinsip, syariat Islam, dia akan sentiasa menjadi yang terbaik, tertinggi dalam segala aspek, kerana dia sentiasa berusaha untuk menjadi untuk menjadi yang terbaik.


Penutup

Sudah lama agaknya saya tidak menulis. Bukan kerana kekangan masa, akan tetapi, saya seakan-akan kehilangan idea untuk menulis. Semacam kehilangan skill. Entahlah mengapa. Namun, petang ini, saya gagahkan jua untuk berkongsi sesuatu.

Buat para pembaca blog saya, yang sedang belajar atau bekerja dan diri saya sendiri. Lakukanlah apa yang sedang kita lakukan dengan usaha yang terbaik. Caranya? Lakukanlah ikhlas kerana ALLAH. Itu wajib ke atas kita melainkan kita sendiri akan menjadi fitnah kepada Islam.

Dan Aisyah, teruskan usahamu untuk menjadi 'alimah mujahidah.

Kalian, saya butuh akan doa kalian.

Moga ALLAH sayang kalian

Moga ALLAH sayang saya.

P/S - Sedih tidak dapat langsung bertemu Sheikh Abu Bakr dan tidak berpeluang mengikuti REAKSI. Rindu untuk bertemu kakak-kakak.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 17 June 2011 8:23 pm

No comments: