* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 27, 2011

Sinar Ramadhan



"You all, Ramadhan 5 hari lagi???"

Soal saya pagi tadi..

"Yup, tak silap Isnin depan. Kenapa Syah?"

Saya diam tanpa kata. Mengenangkan Ramadhan yang bakal tiba.

Apa persediaan nya?

1. Banyakkan berdoa agar disampaikan kita ke bulan yang penuh berkah ini


Baru sahaja tadi, saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat. Katanya, pakcik yang bekerja di sekolah saya sebagai pembantu am, atau lebih mesranya dipanggil Pak De telah dipanggil bertemu Rabb pukul 7 malam tadi. Dan salah seorang teman saya menulis di Facebook tadi, "Belum sempat untuk merasai Ramadhan tahun ni.."


Membaca kenyataan itu membuatkan hati saya tersentak. Ya, Ramadhan bakal tiba dalam 5 hari tapi, ALLAH terlebih dahulu memanggil Pak De.


Jadi, mari sama-sama kita berdoa agar ALLAH menyempatkan kita untuk menjadi tetamuNya di bulan yang penuh rahmat ini.




2. Banyakkanlah istighfar


Biasakan tertitip 'Astaghfirullahal'azim' di bibir kita agar kita memasuki bulan Ramadhan ini dengan hati yang bersih. Dan dengan hati ini juga kita hendak ber'amal sebanyak-banyaknya, dan seefektif mungkin di bulan Ramadhan nanti.


Moga dengan hati yang bersih itu, menghasilkan momentum amalan kita yang cukup kuat sehingga ke Ramdhan yang akan datang. Ameen.


3. Perbaikilah amalan fardhu dan perbanyakkan amalan sunnah


"Aisyah, pagi-pagi awak bangun pukul berapa ya? Saya dah lama tak tahajud.."


Mendengar rintihan sahabat saya di surau tengahari tadi membuatkan saya terfikir, adakah saya menambahbaik amalan-amalan saya?


Solah tahajud, solah taubat, solah witir, solah dhuha, solah hajat, dan amalan-amalan sunnah lain. Itu belum dikira lagi tentang kewajipan fardhu. Solah di awal waktu, solah dengan khusyuk dan lain-lain. Moga ALLAH meringankan tulang kita untuk melaksanakan segala perintahnya, agar kita menjadi hamba.


Sewaktu mengahdiri perkongsian bersama Dr Azizan di UM baru-baru ini, Dr ada menyebut satu hadis.


Rasulullah SAW bersabda, "Wahai manusia, beramallah semampu kalian kerana ALLAH tidak bosan sehingga kalian yang bosan, dan amalan yang disukai oleh ALLAH adalah berterusan walaupun sedikit," HR Muttafaqun 'Alaih.


Maka, mari kita bersedia!




Kenapa saya menulis tentang ini?


Saya ingin kongsikan sinaran Ramadhan dalam hati saya. Hidup di IPT ini, kadang-kadang membuatkan kita lupa bahawa kita ini sebenarnya hamba. Kebetulan pula minggu ini minggu mid-exam bagi pelajar Asasi UIA. Namun alhamdulillah ALLAH berikan saya peluang untuk mengingatiNya. ALLAH berikan saya demam, pengajaran buat saya agar lebih mengingatiNya dan jangan bergantung pada yang fana (sementara).




Jadi, mari sama-sama sinarkan hati kita dengan sinar Ramadhan.


Ramadhan sudah bsinar di hati saya
^_^
Moga ALLAH sayang kita


Allahumma baariklanaa fi Rajab, waballighnaa Ramadhan




P/S - Tak sabar-sabar menunggu hujung minggu ini. Moga ALLAH permudahkan segalanya.


Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 27 July 2011 10:37 pm
UIA PJ Mahallah Khadijah 343

Saturday, July 23, 2011

Ramadhan yang mula menjejakkan diri


P/S - Mid exam : 26 July [ 9.00 am ] - Exam Physics | 27 July [ 2.30 pm ] - Exam Mathematics } Tolong doakan ya semua!


Moga ALLAH sayang kita


Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 23 July 2011 9:08 am
Mahallah Khadijah 343 UIA PJ

Friday, July 15, 2011

Mari tingkatkan momentum kita!



"Aisyah, dalam hati kamu pernah ada sesiapa tak?"

Tanya teman saya suatu hari. 

"Ha? What a question. Haha.. Ya, there's once, and forever.."

"Siapa?"

"My Almighty God.."


Kenapa ALLAH?

Kerana Dia yang ciptakan saya!

Beberapa minggu lepas, saya betul-betul merasai ketidaktenangan apabila hati saya mula melupakanNya. Macam mana ya keadaan saya? Saya mungkin sihat, [ tapi tidak sesehat yang biasa kerana dalaman saya kurang sihat ] tampak ceria seperti biasa. Ziarah bilik-bilik teman sehalaqah dengan saya, iftar bersama, riadhah bersama, qiamulail bersama. Alhamdulillah, saat-saat bersama mereka, cukup menguatkan diri saya.

Namun, pulang sahaja ke bilik, saya tak dapat lagi rasai kenikmatan itu, dan saat itu, saya sendiri sedar, itulah keperluan Tarbiyah Dzatiyah yang saya dengar selama ini.

Tarbiyah ini, dalam kata mudahnya ialah, kita sendiri mentarbiyah dengan diri kita, tanpa suasana soleh yang mendidik, dan tanpa sahabat yang bisa menegur kita, menasihati kita. Bagaimana dengan tarbiyah ini, kita hendak mengekalkan momentum kita pada tahap yang sedia kala, malah pada tahap tertinggi pernah kita capai, dan sentiasa ingin meningkatkan momentum itu, dengan usaha DIRI kita sendiri.

Contoh yang mudah, individu itu, sentiasa tahajud di sekolahnya dahulu kerana memang disistemkan begitu. Sekarang, dah tiada yang pantau, ikutlah kamu nak buat apa. Dan dalam keadaan itu, kita dapat lihat bagaimana individu itu mentarbiyah DIRInya dengan mengekalkan solah tahajud, malah boleh 'extend' beberapa rakaat dan ditambah dengan amalan lain yang selayaknya dilakukan ketika qiyamulail.

Pengalaman saya sendiri, kalau di sekolah dulu, saya tahajudlah juga. Tapi, bukan dengan penghayatan kerana saya disistemkan begitu. Bila tiada penghayatan, jadi bila tertinggal dua tiga kali, tiada apa-apa rasa. Malah tidak malu melihat adik-adik di sekolah bangun lebih awal daripada saya, sujud di atas tikar sejadah, sedangkan saya masih enak sujud di atas katil! [ Astaghfirullah ]

Namun, apa yang berlaku kini, lain dengan suasana di sekolah saya dahulu. Di UIA ini, tiada siapa yang mahu pantaukan, sedangkan solah fardhu pun tiada siapa kisahkan kita tunaikan atau tidak, inikan pula solah tahajud. Dan dalam suasana begini, pada mulanya saya rasakan diri saya cukup kuat, momentum saya cukup kuat. Kerana saya sedar, saya bukan lagi dalam zon yang selesa.

Lantaran itu, saya sentiasa memperkukuhkan hubungan saya dengan ALLAH. Oh, indahnya saat itu. Saya sentiasa ingin mempertingkatkan diri saya. Solah tahajud, solah jemaah tak pernah saya tinggal, puasa, dan sebagainya.

Namun, suatu masa, ALLAH ingin menguji saya. Dan saat saya jauh daripada ALLAH, saya merasai suatu kelainan. Ya, jiwa saya tidak tenang. Berlainan dengan apa yang berlaku di sekolah dahulu. Oleh sebab itu, saya sentiasa cuba mencari jalan keluar daripada ketidaktenangan itu. Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan sekarang, "I'm getting better!"

Cuma, apa yang masih lagi bermain-main di fikiran saya, mengapa ketidaktenangan ini tak sama sekali saya rasai ketika saya jauh dengan ALLAH di sekolah dahulu. Dan sekarang, saya ketemu sama jawapannya. I Ia adalah kerana usaha saya untuk memperkukuhkan hubungan saya dengan ALLAH yang saya lakukan kini, juga kerana saya sedar bahawa saya MESTI lakukannya lantaran tiada siapa yang boleh bantu saya bina kekuatan ini melainkan diri saya sendiri.

Di saat ini, saya barulah sedar tentang kepentingan tarbiyah zatiyah. Bukan sahaja ketika kita hendak meningkatkan diri kita, malah ketika kita sedang jauh daripada ALLAH kerana momentum tarbiyah zatiyah itu sangat kuat sehingga memampukan kita kembali menggapai rahmat ALLAH, dan kembali ke pangkal jalan.

Jadi Aisyah, mantapkan tarbiyah zatiyah mu..

Moga perkongsian saya dalam post ini, banyak membawa manfaat untuk diri saya, dan juga orang lain.

Kerana saya ingin jadi 'ALIMAH MUJAHIDAH!





Maka, doa saya kali ini..

Moga ALLAH kekalkan dan tingkatkan momentum saya yang tertinggi

P/S - Hari ini hari lahir mak saya yang tersayang. Moga ALLAH redha kehidupan mak saya. Esok mak datang KL nak jenguk anak dia seorang ni.

Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 15 July 2011 6:26 pm
KC 343

Wednesday, July 13, 2011

Layang-layangku bagaimana?


Layang-layangku.. Bagaimanakah kamu pagi ini, hari ini, dan hari-hari yang sebelumnya? Tegang elokkah talimu? Bagaimana pula dengan diriku? Adakah cuba untuk tegangkan dan memperbaik layang-layang ku?

Allah, berikanlah kepadaku 'layang-layang' yang terbaik, supaya aku dapat menikmati hasil yang digapainya ketika akhirat kelak.

Kehidupan sehari-hari

Pada saat ini, sudah lebih 1 bulan saya berada di UIA PJ ini.. Bangun tidur, makan, minum, belajar.. Kadang-kadang saya rasa seolah-olah hidup saya tiada beza dengan manusia yang lain. Saya solah, orang lain juga solah. Saya baca Mathurat, orang lain juga begitu. Saya ke majlis ilmu, orang lain turut menyertainya. Dan lazimnya saya, kurang suka menjadi seperti yang lain kerana saya punya satu rasa - rasa sentiasa ingin jadi yang TERBAIK dan lain daripada yang lain!

Beberapa minggu ini, saya rasa saya perlukan seseorang.

Lemah saya dibuatnya dengan 'rasa' itu.

"Shazi, esok awak kejutkan saya ya!"
"Fatin, awak doakan saya em.."

Semua perkara saya rasa, saya bergantung pada orang, tanpa sedikit pun mujahadah daripada saya sendiri. Astaghfirullah.

Seminggu lebih saya begitu. Dan seminggu itu jualah, hati saya tak pernah tenang. Malah, ibadah saya makin berkurang. Kalau dahulu, boleh bangun untuk tahajud tanpa siapa kejutkan, boleh berpuasa seminggu 7 hari, tak pernah tinggal solah sunat rawatib dan sunat dhuha - lama kelamaan - sejak saya punya 'rasa' itu, sudah azan subuh, baru saya terjaga.

Padahal Ulama' Ibnu Qayyim pernah berkata, "Mu'min itu, jika dia terjaga tatkala azan Subuh, dia adalah mu'min yang lalai."

Sudahlah bangun lambat, lagi-lagi tidur pula selepas Subuh. Mathurat tu memang dalam mimpi sahajalah. Bangun untuk ke kelas dalam keadaan tak bermaya. Saya diam sahaja dalam kelas, kerana tak dapat fokus apa yang pensyarah syarahkan. Saya menerawang ke lain. Astaghfirullah.

Guru Kimia saya di sekolah dahulu pernah memesan, "Siapa yang tidur setelah subuh, bukan sahaja tak dapat rezeki, malah sepanjang hari itu dia akan mengantuk!"

Ketika ini, saya merasai kebenaran kata-kata Cikgu Wan Kamariah. Usai kelas, saya balik ke bilik, menghempaskan badan ke katil, dan tidur lagi. Lambat solah Zuhur, tanpa solah rawatib pula. Allahu rabbi, saya sendiri tidak tahu, bagaimana hidup saya, tanpa beringat pada Yang Maha Esa.

Ke kelas lagi, dan pulang ke bilik, solah Asar, dan selesaikan assignment.

Saya rasa, hidup saya pada minggu itu, langsung tiada 'tali' yang menghubungkan saya dengan ALLAH. Semacam layang-layang saya sudah melayang entah ke mana lantaran pegangan saya pada talinya telah lerai.

Dan pada saat saya 'rasa' begitu lagi, dan tiada siapa yang mahu memegang diri saya, saya menangis.

Pada ketika itu jua, saya sedar akan kesilapan saya. Ya, saya bergantung pada manusia. Bangun pagi pun berharap teman kejutkan. Semua perkara tak mahu saya mujahadah sendiri. Dan itulah titik tolak kepada kesilapan saya, dan segalanya menjadi serba tidak kena.

Dan saya harap, hari ini jua saat ini akan menjadi saat terakhir saya 'rasa' begini.

Berharaplah pada Yang Mencipta

Allah, dialah yang meciptakan kita, dan Maha Mengetahui mengenai apa yang telah Dia ciptakan. Maka, bergantunglah padaNya kerana Dia lah yang Maha Berkuasa dan dapat berdiri dengan sendiri tanpa bergantung pada apa-apa.

Aisyah, luangkanlah masa mu bersama ALLAH, dan ingatlah, manusia kadang-kadang tiada masa untuk kita, tetapi ALLAH sentiasa ada masa untuk hamba yang meluangkan masaNya untuk ALLAH.

Saya mahu raih cinta ALLAH, maka, saya perlu banyak luangkan masa saya bersamaNya.

Doakan saya.

P/S - Baru sahaja usai Kuiz Fizik pagi tadi. Saya kira saya lebih rajin belajar di sini, dan ibadah saya lebih baik di sini berbanding saya ketika sekolah dahulu-dahulu. Cuma, saya rasa momentum saya dalam Dakwah dan Tarbiyah menurun. Atau itu cuma rasa saya? Wallahualam. Moga ALLAH pelihara diri saya.

Moga ALLAH sayang saya.

Aisyah Ulya
Ketinggina Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 13 July 2011 12:52 pm
Bilik 343 Mahallah Khadijah