* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 13, 2011

Layang-layangku bagaimana?


Layang-layangku.. Bagaimanakah kamu pagi ini, hari ini, dan hari-hari yang sebelumnya? Tegang elokkah talimu? Bagaimana pula dengan diriku? Adakah cuba untuk tegangkan dan memperbaik layang-layang ku?

Allah, berikanlah kepadaku 'layang-layang' yang terbaik, supaya aku dapat menikmati hasil yang digapainya ketika akhirat kelak.

Kehidupan sehari-hari

Pada saat ini, sudah lebih 1 bulan saya berada di UIA PJ ini.. Bangun tidur, makan, minum, belajar.. Kadang-kadang saya rasa seolah-olah hidup saya tiada beza dengan manusia yang lain. Saya solah, orang lain juga solah. Saya baca Mathurat, orang lain juga begitu. Saya ke majlis ilmu, orang lain turut menyertainya. Dan lazimnya saya, kurang suka menjadi seperti yang lain kerana saya punya satu rasa - rasa sentiasa ingin jadi yang TERBAIK dan lain daripada yang lain!

Beberapa minggu ini, saya rasa saya perlukan seseorang.

Lemah saya dibuatnya dengan 'rasa' itu.

"Shazi, esok awak kejutkan saya ya!"
"Fatin, awak doakan saya em.."

Semua perkara saya rasa, saya bergantung pada orang, tanpa sedikit pun mujahadah daripada saya sendiri. Astaghfirullah.

Seminggu lebih saya begitu. Dan seminggu itu jualah, hati saya tak pernah tenang. Malah, ibadah saya makin berkurang. Kalau dahulu, boleh bangun untuk tahajud tanpa siapa kejutkan, boleh berpuasa seminggu 7 hari, tak pernah tinggal solah sunat rawatib dan sunat dhuha - lama kelamaan - sejak saya punya 'rasa' itu, sudah azan subuh, baru saya terjaga.

Padahal Ulama' Ibnu Qayyim pernah berkata, "Mu'min itu, jika dia terjaga tatkala azan Subuh, dia adalah mu'min yang lalai."

Sudahlah bangun lambat, lagi-lagi tidur pula selepas Subuh. Mathurat tu memang dalam mimpi sahajalah. Bangun untuk ke kelas dalam keadaan tak bermaya. Saya diam sahaja dalam kelas, kerana tak dapat fokus apa yang pensyarah syarahkan. Saya menerawang ke lain. Astaghfirullah.

Guru Kimia saya di sekolah dahulu pernah memesan, "Siapa yang tidur setelah subuh, bukan sahaja tak dapat rezeki, malah sepanjang hari itu dia akan mengantuk!"

Ketika ini, saya merasai kebenaran kata-kata Cikgu Wan Kamariah. Usai kelas, saya balik ke bilik, menghempaskan badan ke katil, dan tidur lagi. Lambat solah Zuhur, tanpa solah rawatib pula. Allahu rabbi, saya sendiri tidak tahu, bagaimana hidup saya, tanpa beringat pada Yang Maha Esa.

Ke kelas lagi, dan pulang ke bilik, solah Asar, dan selesaikan assignment.

Saya rasa, hidup saya pada minggu itu, langsung tiada 'tali' yang menghubungkan saya dengan ALLAH. Semacam layang-layang saya sudah melayang entah ke mana lantaran pegangan saya pada talinya telah lerai.

Dan pada saat saya 'rasa' begitu lagi, dan tiada siapa yang mahu memegang diri saya, saya menangis.

Pada ketika itu jua, saya sedar akan kesilapan saya. Ya, saya bergantung pada manusia. Bangun pagi pun berharap teman kejutkan. Semua perkara tak mahu saya mujahadah sendiri. Dan itulah titik tolak kepada kesilapan saya, dan segalanya menjadi serba tidak kena.

Dan saya harap, hari ini jua saat ini akan menjadi saat terakhir saya 'rasa' begini.

Berharaplah pada Yang Mencipta

Allah, dialah yang meciptakan kita, dan Maha Mengetahui mengenai apa yang telah Dia ciptakan. Maka, bergantunglah padaNya kerana Dia lah yang Maha Berkuasa dan dapat berdiri dengan sendiri tanpa bergantung pada apa-apa.

Aisyah, luangkanlah masa mu bersama ALLAH, dan ingatlah, manusia kadang-kadang tiada masa untuk kita, tetapi ALLAH sentiasa ada masa untuk hamba yang meluangkan masaNya untuk ALLAH.

Saya mahu raih cinta ALLAH, maka, saya perlu banyak luangkan masa saya bersamaNya.

Doakan saya.

P/S - Baru sahaja usai Kuiz Fizik pagi tadi. Saya kira saya lebih rajin belajar di sini, dan ibadah saya lebih baik di sini berbanding saya ketika sekolah dahulu-dahulu. Cuma, saya rasa momentum saya dalam Dakwah dan Tarbiyah menurun. Atau itu cuma rasa saya? Wallahualam. Moga ALLAH pelihara diri saya.

Moga ALLAH sayang saya.

Aisyah Ulya
Ketinggina Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 13 July 2011 12:52 pm
Bilik 343 Mahallah Khadijah

10 comments:

Ummu Abiha said...

assalamualaikum.. mulakan kalimah memuji keagungan Allah SWT.. mgkin terlmpau byk jalan dakwah dan tarbiyyah kat kampus UIA,, tetapi kita seolah menghalang dri kita sndri dari mnyertainya.. sbgai contoh,, menarik seorang kwn yg menghampiri zina agr sdr akn kesilapannya,, itu dikira berdkwh kan? mgkin akak kurang ilmu ttpi bg akak yg byk khilaf ni,, jalan dakwah tu byk sgt,, mslh terbsr adalah dri kita.. makanya muslimah solehah yg hbt itu dlm bljr, tugas dkwh ttp jln.. takut?? apa yg nk ditakutkan? kalau kat dunia kita tkut, bgaimana kita nk jwb dpnNya nnti kan.. wallhua'lam..
p/s : kuatkan dri k aisyah.. nk jdi baik tu sng,, tpi nk istiqamah tu yg ssh.. =) insyaAllah, aisyah boleh.. =)

Hasyimi said...

" Cuma, saya rasa momentum saya dalam Dakwah dan Tarbiyah menurun. Atau itu cuma rasa saya?"

sbb kt sekolah DnT tlh diprogramkn... kt luar inisiatif kita sndiri towards DnT...

kita nk n kite buat, insyaAllah kite lalui..

if kite asyk nk mengeluh n inferiority complex even with yourself.. mcm mne nk rasai ape itu DnT..

Amirah Shaja'ah said...

Aisyah .. saya juga mrasakan hal y sama . Teramat payah u mngekalkan momentum bila iman smakin mnurun .. nauzubillah..

Cahaya Kelapangan said...

salam syah..

k.nash pun pernah jadi mcm tu :)

Dan memanglah alam ipt ni semuanya bergantung penuh pada kekuatan diri ..kita yang menentukan utk hidup macam mana..tak ada yang memaksa apa lagi menyuruh..dan di sinilah tarbiyah dzatiyah kita teruji..

di sinilah erti berdikari yang sebenar...

moga terus kuat utk bermujahadah ya adik sayang..^^

Khaulah~ said...

salam aisyah, kadang2 kekuatan dan usaha tu kita kena find out..kemenangan itu dihujung usaha kita..teruskam usaha sya..:-)

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

Assalamualaikum, mungkin kerana perubahan persekitaran. Sy pun kadangkala begitu, ketika mula2 melanjutkan pelajaran, bertukar tempat tidur, tempat makan dan suasana... Kadangkala kita dimomokkan dengan keresahan. Insya allah... selamat sejahtera segalanya setelah berjaya mendapatkan kebiasaan.

wardatul mahfuzah said...

Sahabat,, moga Allah permudahkan urusanmu,, sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anti,, uhibbuki fillah

Aisyah Ulya said...

To Ummu Abiha

Jazakillah khair. Kak Mirah kan? InsyaALLAH, I'm getting better ^^


To Hasyimi

Sangat setuju. Jzklh khair ats nasihat.


To Amirah Shaja'ah

Sama-sama kita tingkatkan diri kita ya Mirah. 'Alimah Mujahidah!!

To Cahaya Kelapangan

InsyaALLAH kakak. Sedang bermujahadah. Setiap masa ^^


To Khaulah

InsyaALLAH, ana akan berusaha. Doakanlah juga ya :)


To A3manul Na3m | ايمان النعيم

InsyaALLAH, doakanlah sama.


To wardatul mahfuzah

Ameen. Uhubbuki fillah aidhon.

syumul said...

kerana bila hidup itu perlu dengan perasaan...

Aisyah Ulya said...

To syumul

Maksud Kak Syam?